Saturday, April 9, 2011

PM sedia bertemu Persatuan Kastam

09/04/2011 1:43pm

PEKAN 9 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, beliau bersedia bertemu dengan Persatuan Pegawai Kanan Kastam dalam usaha merungkai segala isu-isu yang sedang dihadapi Kastam Diraja Malaysia (KDRM) ketika ini.

"Tidak ada masalah, saya boleh jumpa, pada masa yang sesuai,” kata Najib.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas hasrat persatuan itu berikutan laporan-laporan buruk berkaitan KDRM sejak kebelakangan ini.

Semalam, Presiden persatuan itu, Ibrahim Ahmad berkata, moral dan kredibiliti pegawai dan anggota KDRM kini terjejas berikutan laporan media berhubung kes rasuah dan penggubahan wang haram membabitkan RM108 bilion.

Ditanya berkenaan perkara berkenaan, Perdana Menteri berkata, sekiranya semua pegawai KDRM “mengikut peraturan”, maka tidak akan “timbul apa-apa masalah". – Bernama

No comments: