Tuesday, September 29, 2009

CUEPACS SYOR GAJI AWAM DISEMAK SETIAP 5 TAHUN

Berita Harian
Oleh Sariha Mohd Ali
sariha@bharian.com.my
29/9/2009

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan melakukan semakan gaji 1.2 juta kakitangan awam setiap lima tahun sekali bagi membolehkan penyelarasan dibuat berdasarkan kos sara hidup semasa.

Semakan gaji terbaru yang dilakukan kerajaan pada 1 Julai 2007 dibuat selepas tempoh 25 tahun dan gaji yang diperoleh dengan kadar kenaikan antara 7.5 peratus hingga 35 peratus itu hanya mampu menampung kos sara hidup mereka sehingga tahun depan.

Pada masa ini, kakitangan awam khasnya bagi kumpulan sokongan hanya menikmati kenaikan gaji tahunan antara RM30 hingga RM70 setahun.

Presidennya, Omar Osman, berkata Cuepacs sudah menghantar memorandum kepada kerajaan berhubung perkara itu sebelum ini, malah Majlis Jawatankuasa Kerja Semakan Gaji Anggota Sektor Awam yang diwujudkan pihaknya akan mengatur perbincangan dan menghantar satu lagi memorandum terbaru kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, kegagalan melakukan semakan gaji yang perlu dilakukan tahun depan, bakal menjadikan kira-kira 200,000 daripada 600,000 kakitangan awam kumpulan sokongan dua berada dalam kategori rakyat termiskin dengan purata pendapatan keseluruhan kira-kira RM1,100 sebulan.

"Sudah tiba masanya gaji kakitangan awam disemak setiap lima tahun sekali dan jika formula itu dilaksanakan, ia mampu menyeimbangkan pendapatan mereka dengan kos sara hidup semasa yang semakin meningkat.

"Sebenarnya, gaji diperoleh kakitangan awam sejak 2007 hanya mampu menampung kehidupan mereka sehingga tahun depan dan semakan gaji wajar dilakukan semula pada 2011," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Omar berkata, gaji asas bagi pekerja kumpulan sokongan dua yang memiliki kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) ialah RM647 sebulan dan mereka mampu memperoleh purata RM1,100 sebulan selepas ditambah dengan elaun termasuk bagi perkhidmatan dan cola.

Beliau berkata, kehidupan di kota besar dengan kos sara hidup tinggi menyebabkan sebahagian besar kakitangan awam melakukan kerja sampingan.

"Unjuran peratusan kenaikan gaji dicadang dalam semakan itu akan dirujuk kepada perunding supaya kadarnya bersesuaian dengan keadaan ekonomi semasa," katanya.

Monday, September 28, 2009

BAYARAN INSENTIF BITK PEMBANTU TADBIR GRED W17 TIDAK SEPADAN

Berita Harian
28/9/2009


SAYA seorang kakitangan kerajaan, ingin berkongsi pendapat dengan semua pembaca. Luahan ini ditujukan khas kepada Jabatan Perkhidmatan Awam, Jabatan Akauntan Negara Malaysia dan Cuepacs.

Untuk perhatian, kami Pembantu Tadbir Gred W17 dan N17 yang membuat kerja kewangan hanya memperoleh Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) sebanyak RM40 sejak 1999 sehingga kini, sedangkan tugas kami sangat berat sebagai nadi bagi kemajuan negara.

Bagi menarik minat Pembantu Tadbir gred N9 ketika itu supaya memilih opsyen pertukaran gred dari N9 ke gred W17 yang disebut sebagai Pembantu Tadbir (Kewangan), kerajaan menawarkan insentif BITK. Bayaran BITK bermula pada 1 Mei 1999 dengan kadar RM40 sebulan kepada semua pegawai kumpulan sokongan gred 17 sehingga gred 22.



Untuk meningkatkan jumlah insentif BITK ini, semua pegawai yang menjalankan tugas bidang kewangan dikehendaki menduduki peperiksaan yang tahap kesukaran penilaiannya sangat tinggi. Selepas lulus peperiksaan berkenaan barulah bayaran insentif kewangan itu dinaikkan kepada RM80 sebulan.

Sejak tahun lalu, kerajaan memperkenalkan sistem ‘star ranking’ kepada semua kementerian. Oleh demikian, mana-mana Ketua Setiausaha (KSU) kementerian/jabatan yang prestasi pengurusan kewangannya kurang memuaskan, pegawai berkenaan tidak disahkan dalam jawatan.

Sejak 1999, tiada kajian semula dilakukan ke atas kadar bayaran BITK ini. Tambahan pula sekarang ini, semua sistem perakaunan ditukar daripada sistem BAS (Branch Accounting System) kepada sistem GFMAS (Government Financial And Management Accounting System) dengan tempoh bayaran yang dulunya mengambil masa 30 hari, sekarang sudah dipendekkan kepada 14 hari.

Difahamkan pada masa akan datang Jabatan Akauntan Negara (JAN) memaklumkan segala pembayaran dipendekkan selama lima hari saja iaitu tiga hari di Pusat Tanggung Jawab (PTJ) dan dua hari di JAN dan semua PTJ sekarang terpaksa menyimpan sendiri semua baucar yang dibuat pembayaran dan tidak lagi perlu di hantar ke JAN seperti amalan dulu.

Perbezaan gaji di antara Pembantu Tadbir gred N17 dengan Pembantu Tadbir gred W17 cuma RM1.05 tetapi beban kerja dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh Pembantu Tadbir gred W17 adalah lebih mencabar.

Selain beban tugas, mereka juga perlu mematuhi tempoh masa menyediakan kerja mengikut waktu ditetapkan atau tamat tempoh yang sangat ketat. Atas keperluan memenuhi tempoh ditetapkan ini, Pembantu Tadbir W17 juga sering kali terpaksa mengorbankan masa yang sepatutnya diperuntukkan bersama-sama keluarga untuk melakukan kerja kewangan selepas waktu pejabat atau hari cuti mingguan.

Peperiksaan BITK yang mengandungi 40 soalan amat sukar dilepasi kerana graf untuk lulus terlalu tinggi, ibarat tidak boleh salah walaupun satu soalan.

Bagi pegawai perempuan yang bercuti bersalin, pembayaran BITK akan diberhentikan dan kadangkala terpaksa membuat pembayaran balik manakala bagi elaun lain contohnya Elaun Pembantu Khas, ia akan tetap dibayar walaupun pegawai berkenaan bercuti bersalin.

LUAHAN HATI,

Insan Terabai.

Friday, September 18, 2009

KAKITANGAN AWAM PR DAPAT BONUS RAYA

Sinar
17/9/2009


SHAH ALAM - Kakitangan awam di tiga negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR) mendapat ‘durian runtuh’ apabila Kerajaan Negeri masing-masing mengumumkan pemberian bonus sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Menariknya, habuan sebanyak RM500 kepada setiap kakitangan kumpulan sokongan di Selangor dan Kedah dibayar secara sekaligus, sementara kakitangan di Pulau Pinang menerima pembayaran dua kali secara ansuran. Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan hampir RM4.38 juta bagi bantuan khas kewangan bagi 2009 kepada seluruh kakitangan perkhidmatan awam untuk kumpulan sokongan di negeri ini. “Kita telah bersetuju untuk memberikan bantuan khas ini kepada semua kakitangan perkhidmatan awam dalam kumpulan sokongan di Selangor. “Setiap mereka akan diberikan RM500 bagi meringankan beban sempena perayaan hari raya ini,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco, di sini, semalam. Abdul Khalid berkata, hampir 9,000 kakitangan akan mendapat bantuan berkenaan dan daripada jumlah berkenaan, seramai 7,588 kakitangan tetap, 952 kontrak serta 230 kakitangan sambilan akan menerima bantuan tersebut. “Bantuan berkenaan akan diberikan sepenuhnya sebelum hari raya ini. Ini berbeza apa yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan yang mana mereka dibayar dua peringkat yang mana RM250 sebelum raya dan selebihnya dibayar selepas raya,” katanya. Di ALOR SETAR, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM2.65 juta untuk membayar bonus berkenaan, RM2.47 juta kepada kaki tangan berjawatan tetap dan selebihnya kepada kakitangan kontrak, sementara dan sambilan. Katanya, ganjaran ini diterima 5,300 pekerja di mana 4,950 adalah kakitangan tetap dan 350 adalah kakitangan kontrak, sementara dan sambilan. “Semua pekerja kumpulan sokongan sama ada berjawatan tetap, sementara atau kontrak akan menerima bonus ini. Kita harap bayaran bonus ini dapat menceriakan sambutan Aidilfitri ini,” katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam. Sementara itu di PULAU PINANG, Kerajaan Negeri bersetuju meluluskan bayaran khas RM500 kepada 3,299 pegawai kumpulan sokongan negeri itu tetapi bayaran khas itu dibuat dengan dua ansuran. Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, arahan pembayaran RM500 ini akan dikeluarkan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dan semua agensi Kerajaan Negeri. Katanya, pembayaran pertama RM250 akan dilakukan hari ini bagi membolehkan wang itu digunakan untuk menyambut Aidilfitri manakala bakinya dibayar akhir Disember. “Bayaran ini akan melibatkan peruntukan Kerajaan Negeri berjumlah RM1,649,500 dan gaji juga akan dibayar lebih awal untuk dua bulan ini untuk menyambut dua perayaan iaitu Hari Raya Puasa dan Deepavali,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Malaysia 2009 di Dewan Tunku, Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), semalam.

Thursday, September 10, 2009

BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2009

PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 17 TAHUN 2009
BANTUAN KHAS KEWANGAN TAHUN 2009

Sila Klik
http://www.jpa.gov.my/docs/pp/2009/17/pp172009.pdf

DUIT RAYA RM500

Berita Harian
Oleh Johari Ibrahim dan Sariha Mohd Ali
bhnews@bharian.com.my
10/9/2009

860,000 kakitangan awam kumpulan sokongan dapat bantuan Aidilfitri

PUTRAJAYA: Seramai 860,000 kakitangan awam kumpulan sokongan menerima hadiah Aidilfitri apabila kerajaan mengumumkan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM500 seorang, semalam. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata separuh daripada bantuan berkenaan dibayar sebelum Aidilfitri, manakala bakinya pada Disember.
"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persekolahan pada hujung tahun ini," katanya dalam satu kenyataan di sini. Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata pembayaran itu akan membabitkan implikasi kewangan kepada kerajaan sebanyak RM430 juta. Sementara itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman, menyifatkan pemberian bantuan khas itu sebagai tanda keprihatinan kerajaan kepada golongan berpendapatan sederhana bagi menceriakan sambutan Aidilfitri.
Beliau berkata, walaupun jumlahnya kecil, kakitangan kerajaan tidak seharusnya berasa kecewa, sebaliknya bersyukur kerana kerajaan masih prihatin dengan bersetuju memberi bantuan dalam keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya. "Pemberian ini bukannya bonus, sebaliknya bantuan khas atau sagu hati yang diberi kepada kakitangan sokongan. "Kita tidak boleh membandingkan pemberian bonus sebulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000 yang diterima tahun lalu," katanya ketika dihubungi Berita Harian. Cuepacs sebelum ini merayu kerajaan membayar bonus kepada 1.2 juta kakitangan awam dengan separuh daripadanya dibayar sebelum Aidilfitri, manakala bakinya pada Disember.
Omar berkata, Cuepacs sebenarnya tidak pernah menekan kerajaan supaya memberi bantuan kewangan itu, malah sedia menerima keputusan jika peruntukan berkenaan tidak boleh diberi tahun ini. Sehubungan itu, beliau menasihatkan kakitangan yang menerima bantuan itu supaya bijak mengurus perbelanjaan. Beliau berkata, pembayaran dua kali bagi bantuan khas kewangan itu juga bertujuan membolehkan kakitangan awam merancang perbelanjaan untuk menyambut Aidilfitri dan membeli kelengkapan persekolahan anak.

RM800 TOO MUCH FOR MAIDS, SAYS CUEPACS

The Star
By LESTER KONG, CHEW WAN YING and
JOSHUA FOONG
9/9/2009

PETALING JAYA: It is unfair to propose that foreign maids to be paid RM800 when some government servants are only getting RM600 as their starting monthly salary, Cuepacs president Omar Osman said.
“It’s just not fair. Some locals working in the private sector do not even receive RM800. How can we accept foreign maids receiving RM800 as a starting salary?” he said, adding that foreign maids should receive not more than RM550.
Fomca secretary-general Muhammad Sha’ani Abdullah said the proposed increase in wages for Indonesian maids was also a consumer issue.
He suggested a better structure to control charges imposed on employers. “The mechanism is not ironed out now. Different agencies are charging differently. The whole thing is not transparent,” he added.
Maids agencies around the Klang Valley charge RM7,500 to RM9,000 in service fees and advance wages for the maids. Currently, new maids are paid between RM500 and RM560.
However, he said it was justifiable for consumers to pay more according to the proficiency of maids.
“Some complaints to the National Consumer Complaints Centre (NCCC) highlight that the maids are not well trained despite guarantees by agencies that they had undergone the required courses.”
Agensi Pekerjaan Sri Kanti Sdn Bhd director Lai Hong Ming, 51, said employers were not willing to fork out RM800 for an Indonesian maid because of the quality of the maids at the moment.
“If they were to raise the wages to that amount, the quality of the maids should be the same as the ones who are sent to the Singaporean market, which means they should have a higher education level.”
This year, there have so far been 70 complaints over maids lodged with the NCCC.
In 2008, there were 200 complaints. Indonesians, who make up 70% of the maid population in Malaysia, receive the lowest wage compared to Cambodian and Vietnamese maids.

Wednesday, September 9, 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PM















Putrajaya: 08.09.09. Y.A.B Perdana Menteri telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama NGO Malaysia di Sri Kesatria Rumah Kediaman Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Abdul Razak.Turut hadir isteri PM Y.A.Bhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. NGO yang hadir terdiri dari CUEPACS, MTUC, Seni Silat Malaysia, Seniman dan lain-lain lagi. Majlis tersebut diturut diraikan sumbangan kepada anak-anak yatim yang didatangkan khas dari Pekan, Pahang. Selepas berbuka puasa tetamu bersolat maghrib, Isyak dan solat terawih bersama PM. Dikesempatan yang ada Pegawai Utama CUEPACS yang diketuai Sdr. Hj. Omar Osman menyampaikan hasrat Kakitangan Awam mengenai bayaran bonus tahun 2009.


Monday, September 7, 2009

KERAJAAN KAJI BONUS KAKITANGAN AWAM


Berita Harian
Oleh Azman Mahmood dan Khairul Azran Hussin
bminggu@harian.com.my

7/9/2009


KSN bincang dengan Cuepacs untuk tindakan lanjut



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan sedang berbincang dengan Cuepacs mengenai tuntutan bayaran bonus untuk kakitangan awam pada tahun ini. Sehubungan itu, Perdana Menteri berkata, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan sedang dalam perundingan mengenai perkara itu. "Tunggulah...KSN tengah berbincang dengan Cuepacs," katanya pada sidang media selepas meninjau keadaan kuarters Jabatan Kerja Raya (JKR) di di Batu 2 1/2 Jalan Cheras kira-kira setengah jam, di sini, semalam.
Sementara itu, Presiden Cuepacs, Omar Osman percaya kerajaan akan memberi keputusan positif mengenai bonus atau wang sagu hati kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan awam untuk tahun ini. Beliau berkata, Cuepacs berharap bonus kali ini dibayar sebelum Aidilfitri. Katanya, pihaknya sudah menghantar surat mengenai tuntutan bonus itu baru-baru ini kepada Najib untuk mendapatkan pertimbangan sewajarnya.
"Kita belum mendapat reaksi balas mengenai perkara itu tetapi Cuepacs berharap kerajaan tidak mengecewakan harapan 1.2 juta kakitangan awam terutama bagi mereka yang berada dalam Kumpulan Sokongan Satu dan Dua yang amat mengharapkan sedikit sumbangan untuk persediaan menyambut Aidilfitri. "Cuepacs tidak memaksa...terserah kepada kerajaan berapa jumlah sanggup dibayar (bonus atau sagu hari). Yang penting kita (kakitangan awam) dapat menikmatinya dan kalau dibayar sebelum raya lagi bagus," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Tahun lalu, setiap kakitangan kerajaan menerima bonus sebulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000. Omar berkata, Majlis Tertinggi Cuepacs akan bermesyuarat Selasa ini bagi membincangkan lebih lanjut mengenai permintaan bonus atau sagu hati tahun ini.

Thursday, September 3, 2009

Ada bonus raya?


PUTRAJAYA 1 Sept. – Ura-ura kemungkinan kakitangan awam akan menikmati bonus sebelum Aidilfitri hangat diperkatakan walaupun Bajet 2010 dijadual dibentangkan pada Oktober ini.

Bayangan mengenai perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semasa pertemuannya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Ahmad Husni Mohd. Hanadzlah baru-baru ini.

‘‘Ya, saya ada timbulkan pada Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Kedua supaya jika dapat dipertimbangkan (pembayaran bonus) dan mereka senyum sahaja.

‘‘Saya yakin senyuman yang diberikan itu akan membawa kegembiraan kepada kakitangan kerajaan yang dijangka menyambut Hari Raya Puasa pada 20 September ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Terdapat 1.2 juta kakitangan kerajaan di seluruh negara dengan 75,000 orang pesara yang layak menerima bonus.

Tengku Adnan berkata, saban hari beliau mendengar rayuan daripada kakitangan kerajaan di Putrajaya terutama dari kumpulan sokongan yang berpendapatan kecil.

‘‘Sebenarnya di Putrajaya ramai kakitangan kerajaan yang berjawatan rendah merayu supaya saya bawakan kepada pengetahuan Perdana Menteri supaya dipertimbangkan bonus atau insentif untuk sambut raya.

‘‘Mereka sedar keadaan ekonomi tidak begitu baik tetapi mereka merayulah kalau boleh kerajaan faham mereka juga dalam keadaan yang tidak begitu stabil ekoran kenaikan harga barang,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CEUPACS), Omar Osman berkata, belum pernah berlaku dalam sejarah pembayaran bonus dibuat sebelum pembentangan bajet.

‘‘Bagaimanapun, CEUPACS amat berharap agar kerajaan akan bagi bonus kepada kakitangan awam supaya dapat menceria dan memeriahkan lagi sambutan hari raya kami,” katanya.

Civil servants wish for bonus

KUALA LUMPUR: Civil servants are hoping for bonus payment from the government before Hari Raya Aidilfitri although the 2010 Budget will only be tabled on Oct 23.

Some civil servants are already appealing to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak through his 1Malaysia website for the government to pay a bonus.

Website visitor Mayau Sarikei from Sarawak said each year, he and his wife would need to spend a bit more in preparation for Aidilfitri.

"However, this time my wife and I will have to cut down on our Raya expenditure as the 2010 Budget will only be tabled in October.


"This means, the government may not be able to make a bonus allocation for civil servants. Therefore, I hope the prime minister will give us Raya bonus."

His appeal was supported by several individuals who only referred to themselves as penjawat awam (civil servants), saying that the sudden increase in the price of daily essentials was a worrying burden for them.

One of them said he hoped that Najib, who is also finance minister, would give a bonus of at least RM1,000 to each civil servant, to be paid in two instalments -- before Raya and in mid-December.

Another website visitor, Jayiddin Simon, also suggested that the driving licence fee be abolished. -- Bernama

Wednesday, September 2, 2009

CUEPACS YAKIN KERAJAAN AKAN BERI BONUS

Berita Harian
1/9/2009

KUALA LUMPUR: Cuepacs yakin kerajaan akan memberikan sebulan bonus kepada penjawat awam tahun ini, kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, hari ini. Beliau berkata, keyakinan kongres itu berdasarkan kepada kenyataan bahawa kerajaan mampu memberikan bonus itu berdasarkan penjimatan dari subsidi petrol, beras dan gula. Mengikut perkiraan Cuepacs, katanya, kerajaan hanya berbelanja kurang daripada RM500 juta untuk membayar bonus dan "ia adalah dalam kemampuan kerajaan untuk berbuat demikian".
Beliau mengulangi permintaan awal Cuepacs kepada kerajaan untuk membayar sekurang-kurangnya setengah bulan bonus sebelum Hari Raya dan setengah lagi pada akhir tahun ini. Ahmad Shah berkata, walaupun jumlah itu tidak termasuk di dalam bajet tahun lalu, ia masih lagi boleh memberi pendahuluan dan memasukkannya di dalam bajet yang akan datang bulan depan. Katanya, penjawat awam patut menerima bayaran itu kerana mereka sudah bekerja keras bagi meningkatkan sistem penyampaian dan mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan kerajaan.
"Kami sebagai penjawat awam sentiasa menyokong kerajaan yang memerintah dan melaksanakan segala dasarnya dengan berkesan. "Kami berharap kerajaan sebagai majikan contoh tidak akan mengecewakan 1.2 juta penjawat awam yang sentiasa menunggu bonus untuk membantu dalam perbelanjaan akhir tahun keluarga mereka. Sementara itu, syarikat swasta yang mempunyai perjanjian terkumpul dengan pekerja dengan bonus sebagai kewajipan kontraktual akan terus membayar manakala yang lainnya bergantung kepada kemampuan kewangan masing-masing. Naib Presiden MTUC, A Balasubramaniam, berkata ia adalah perkara biasa bagi pekerja sektor swasta untuk mendapat bonus dari sebulan hingga empat bulan bergantung kepada prestasi sesebuah syarikat. - Bernama