Monday, February 16, 2009

Malam Jasamu Dikenang







KPKSM Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah mengadakan Majlis Makan Malam bagi meraikan ahli-ahli yang bersara bagi tahun 2007/2008. Antara ahli yang bersara adalah Sdr. Ibrahim Taib, Pengerusi KPKSM WPKl. Majlis telah diadakan di ruang legar Pejabat KDRM WPKL yang turut dihadiri oleh Y.Bhg. Dato' Jalilah bt Mahdan, PKN WPKL.



































Turut juga diraikan adalah 3 warga KDRM yang dianugerahkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan tahun 2009. Mereka adalah Y.Bhg. Dato' Jalilah bt Mahdan dianugerahkan Bintang Johan Mahkota Wilayah (JMW), Sdr. Ja'apar Mansor (Bintang Ahli Mahkota Wilayah, AMW) dan Sdr. Saleh bin Othman (Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah, PPW)




Majlis diserikan dengan tarian Kebudayaan oleh anak-anak Kastam WPKL.