Wednesday, August 13, 2008

Taklimat Isu- Isu Semasa Perkhidmatan Awam






Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia, Cawangan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Cawangan Latihan telah menganjurkan Taklimat Isu-isu Semasa Perkhidmatan Awam oleh Presiden CUEPACS, Tn. Haji Omar bin Osman pada 13 Ogos 2008 jam 2.30 petang dan selesai 6.30 petang di Auditorium, Kompleks Kastam WPKL. Seramai hampir 300 warga kastam WPKL dari semua peringkat jawatan hadir dalam taklimat yang diadakan bersama Presiden CUEPACS yang begitu lantang dewasa ini. Kesatuan merakamkan ucapan ribuan terima kepada Pengarah Kastam Negeri WPKL, Pn. Hjh. Jalilah bt. Mahdan kerana memberi sokongan yang begitu dihargai dalam menjayakan program ini. Sebelum taklimat bermula, Sdra. Ja’apar Mansor, Pengerusi KPKSM WP telah membawa Presiden CUEPACS dan Tetamu Jemputan berkunjung ke pejabat Pengarah Kastam Negeri dan telah disambut dengan begitu mesra.


Yang Berbahgia Pengarah Kastam Negeri juga turut serta mendengar taklimat yang disampaikan pada petang tersebut, Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa' dan diikuti ucapan aluan oleh Pengerusi KPKSMWP Sdr. Ja'apar Mansor. Selesai taklimat oleh Presiden CUEPACS, para peserta mengambil peluang berdailog dengan Presiden CUEPACS.


Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Presiden CUEPACS oleh Pengarah Kastam Negeri. Sebelum Presiden dan rombongan pulang, Pengarah Kastam Negeri telah meraikan para tetamu dengan minum petang.

Friday, July 25, 2008

Mesyuarat Agong KPKSM Cawangan Wilayah Persekutuan








Cawangan Wilayah Persekutuan telah mengadakan Mesyuarat Agong ke XVII sesi 2008-2010 pada 25 Julai 2008 bertempat di Auditorium, Komplek Kastam WPKl, Kastam Diraja Malaysia WPKL, No. 22, Jalan SS 6/3, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor. Seramai 160 ahli menghadiri mesyuarat agong tersebut yang dirasmikan oleh Pemangku Pengarah Kastam Negeri, Tuan Mohd Puzi bin Man. Turut hadir adalah Presiden KPKSM Sdra. Ibrahim bin Ahmad, Timbalan Presiden Sdra. Ahmad bin Rashid, Bendahari Agong Sdra. Raja Azmi bin Raja Aziz dan Pengerusi Biro Wanita Sdri. Hjh. Rabitah Hanam bt Mohd Yusoff. Pemerhati Tetap adalah Sdra. Ramli bin Harun, Exco N. Sembilan. Mesyuarat Agong Cawangan Wilayah Persekutuan kali ini berjalan dalam suasana harmoni meskipun terdapat pertandingan dalam mengisi jawatan yang dikosongkan oleh Sdra. Ibrahim bin Taib. Mesyuarat yang dimulakan pada jam 3.00 petang dan mula pengiraan undi pada jam 5.00 petang dan berakhir kira-kira jam 10.30 malam dimana keputusannya adalah seperti berikut:-

PENGERUSI

1.

JA’APAR BIN MANSOR

373 (Dilantik)

2.

MOHAMAD BIN HJ OTHMAN

96

NAIB PENGERUSI

1.

JEFRI BIN ABDULLAH

361 (Dilantik)

2.

SAZELI BIN ADNAN

64

3.

MARZUKI BIN MOHD ZAIN

57

SETIAUSAHA

1.

CHE LIAN BINTI OMAR

Menang Tanpa Bertanding

PENOLONG SETIAUSAHA

1.

MOHD GHAUS BIN OTHMAN

375 (Dilantik)

2.

SALINA WATI BT SAMAT

102

BENDAHARI

1.

ZAIFUDDIN BIN HASSAN

Menang Tanpa Bertanding

PENGERUSI BIRO WANITA

1.

HASNANI BT MOHD SAAD

Menang Tanpa Bertanding

JAWATANKUASA STESEN KUALA LUMPUR


1.

HASHIM BIN DOL

159 (Dilantik)

2.

MD SALLE BIN JA'AFAR

142 (Dilantik)

3.

SALEH BIN OTHMAN

130 (Dilantik)

4.

NORMAHITA BT NORDIN

111 (Dilantik)

5.

BASHAH BIN DOLLAH

91 (Dilantik)

JAWATANKUASA STESEN KLIA

1.

SHAFIEI BIN HANAFI

151 (Dilantik)

2.

SHAABAN BIN ZAKARIA

133 (Dilantik)

3.

MD ZAHID BIN ABDUL GHANI

129 (Dilantik)

4.

IBRAHIM BIN ALWI

116 (Dilantik)

5.

RAUDDIN BIN MUHAMMAD SOM

106 (Dilantik)





JAWATANKUASA STESEN IBU PEJABAT

1.

MOHD SHARIFF BIN ALIAS

38 (Dilantik)

2.

RICHARD PRABAKARAN A/L KRISHNAN

3

WAKIL

1.

TAJUL URUS BIN DAWAM

152 (Dilantik)

2.

HASHIM BIN DOL

151 (Dilantik)

3.

MAHIZAN BT YUSOF

132 (Dilantik)

4.

MOHD GHAUS BIN OTHMAN

128 (Dilantik)

5.

MOHAMAD ZIN B YA’ACOB

111 (Dilantik)

6.

BAKRI BIN UJANG

110 (Dilantik)

7.

NORIDA SAIDI BT ABD MANAF

97 (Dilantik)

Setiausaha dilantik secara automatik ke Persidangan Perwakilan mengikut Peraturan 9.3 Peraturan dan Perlembagaan KPPKSM