Wednesday, August 13, 2008

Taklimat Isu- Isu Semasa Perkhidmatan Awam






Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia, Cawangan Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Cawangan Latihan telah menganjurkan Taklimat Isu-isu Semasa Perkhidmatan Awam oleh Presiden CUEPACS, Tn. Haji Omar bin Osman pada 13 Ogos 2008 jam 2.30 petang dan selesai 6.30 petang di Auditorium, Kompleks Kastam WPKL. Seramai hampir 300 warga kastam WPKL dari semua peringkat jawatan hadir dalam taklimat yang diadakan bersama Presiden CUEPACS yang begitu lantang dewasa ini. Kesatuan merakamkan ucapan ribuan terima kepada Pengarah Kastam Negeri WPKL, Pn. Hjh. Jalilah bt. Mahdan kerana memberi sokongan yang begitu dihargai dalam menjayakan program ini. Sebelum taklimat bermula, Sdra. Ja’apar Mansor, Pengerusi KPKSM WP telah membawa Presiden CUEPACS dan Tetamu Jemputan berkunjung ke pejabat Pengarah Kastam Negeri dan telah disambut dengan begitu mesra.


Yang Berbahgia Pengarah Kastam Negeri juga turut serta mendengar taklimat yang disampaikan pada petang tersebut, Majlis telah dimulakan dengan bacaan doa' dan diikuti ucapan aluan oleh Pengerusi KPKSMWP Sdr. Ja'apar Mansor. Selesai taklimat oleh Presiden CUEPACS, para peserta mengambil peluang berdailog dengan Presiden CUEPACS.


Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada Presiden CUEPACS oleh Pengarah Kastam Negeri. Sebelum Presiden dan rombongan pulang, Pengarah Kastam Negeri telah meraikan para tetamu dengan minum petang.