2011/04/13
KUALA LUMPUR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yakin dengan profesionalisme dan integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyelesaikan kes kematian Penolong Pengarah Kastam, Ahmad Sarbani Mohamed, pada 6 April lalu.Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf, berkata beliau yakin dengan kecekapan PDRM dalam menjalankan siasatan yang menyeluruh dan adil.
Justeru, beliau berharap agar orang ramai tidak memandang negatif terhadap cara kematian Allahyarham dan meminta mereka supaya menghormati orang yang telah meninggal dunia.
Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyatakan sokongan terhadap SPRM yang bertindak tegas dalam membanteras gejala rasuah di negara ini tanpa mengira darjat atau pangkat.
Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak, berkata pihaknya juga menyambut baik langkah pragmatik yang diambil oleh kerajaan dalam memperkasa SPRM dengan melatih dan menambah pegawai sedia ada supaya mereka dapat memberikan perkhidmatan yang lebih profesional. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment