Tuesday, November 10, 2009

TUNTUTAN BONUS BIAR SEPADAN MUTU KERJA

Berita Harian
10/11/2009




TIDAK habis-habis tuntutan bonus dua bulan gaji untuk penjawat awam diperjuangkan Kongres Kesatuan Sekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sehingga kita bosan dan jelik. Sesudah gagal dengan Bajet 2010 dibentangkan Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan sebab tidak menyentuh pemberian bonus, sekarang presidennya diberitakan hendak berunding isu itu dengan Perdana Menteri pula. Penjawat awam sedar kegawatan ekonomi sehinggakan pemberian bonus itu tidak terungkai sekarang. Dalam apa keadaan sekalipun sama ada gawat atau makmur, penjawat awam patut memikirkan usaha dan tindakan bagi memperbaiki urus tadbir serta khidmat awam kepada masyarakat.
Mutu khidmat awam kian merosot sejak 2005 sehingga aduan bertambah tiga kali ganda tahun lalu, menjadikan 6,095 aduan diterima Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam. Antara aduan ketara ialah kelewatan, ketiadaan tindakan pegawai, keputusan tidak adil dan tidak berkualiti. Pastinya aduan itu berkait dengan salah guna kuasa, penyelewengan, salah laku dan kegagalan penguatkuasaan.
Pengaduan awam akan terus meningkat bukan perkara mustahil. Justeru, bagaimanakah iltizam ‘mendahulukan rakyat’ dan ‘mengutamakan pencapaian’ mampu dicapai? Sudah berulang kali pemimpin negara meminta penjawat awam membaiki mutu perkhidmatan, tetapi nampaknya nasihat itu seperti ‘mencurahkan air di daun keladi’. Khidmat nasihat yang dihulurkan kepada pembayar cukai sepatutnya dianggap amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh takwa, rendah diri, reda dan rela berlandaskan prinsip lebih mengutamakan kepentingan awam.

DR ILLIAS ZAIDI,
Kuala Lumpur.

1 comment:

Anonymous said...

Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

BUKAN PASAL BONUS SANGAT YANG DIPERTIKAIKAN. TETAPI SIKAP DAN GELAGAT YANG MEMBUAT ORANG MELUAT. CAKAP TAK SERUPA BIKIN, DOUBLE STANDARD, DAN LAIN2 LAGILAH..

Selasa, November 10, 2009 6:48:00 AM
Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Bonus tiada. Fee kad kredit RM50 setiap kad. Cantik! Rakyat dikenakan. Pemimpin diutamakan. PRU13 dinantikan.

Selasa, November 10, 2009 7:40:00 AM
Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Terima kasih kerana beri komen....pengaduan awam yang meningkat bukan saja disebabkan sikap P.A, tapi kerana kemudahan aduan yang disediakan dan ramainya pelanggan. kami kumpulan bawahan tetap maukan bonus atau ganjaran setimpal.....lain lah u .. DR...tak jadi masaalah,,,macam2 elaun ada...tak suka kerja gomen..ble cabut kat swasta..yang makan rasuah orang besar2...kami tengok je..

Selasa, November 10, 2009 7:43:00 AM
Tanpa Nama Anak Ramai berkata...

Ya betoi tu, depa dah banyak gaji, elaun pun banyak.

Kita nilah Penjawat Awam yang berpendapatan rendah anak pun ramai.

Lainlah dengan Dr Dr dan Pengarah Pengarah anak ada 2 aje..........itulah realitinya.

Selasa, November 10, 2009 7:49:00 AM
Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

amboi bukan main sedap bercakap ,kalau hal kami bukan main lagi menghentam..tapi kalau orang2 besar punya angkara suara pun tak keluar.. inilah yg dikatakan ayam jantan takda telor ekor bergelumang dgn taik.. smeua kaki ampu..poraaahh.

Selasa, November 10, 2009 7:56:00 AM
Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...

Sudahlah Dr.Illias Zaidi ..kita orang kenal sama lu punya hal..jgn nak ek katsini berapa Berita Harian bagi sama lu..

Selasa, November 10, 2009 7:59:00 AM