Thursday, November 12, 2009

KEPUTUSAN TIADA BONUS MUKTAMAD

Berita Harian
Oleh Anwar Hussin,
Faiza Zainudin dan Mohd Anwar Patho Rohman
bhnews@bharian.com.my
14/11/2009



Cuepacs akur penjelasan Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak dapat memberi bonus dua bulan gaji kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan awam dan pesara perkhidmatan awam tahun ini berikutan keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya, kata Presiden Cuepacs, Omar Osman. Beliau berkata, pihaknya akur dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang menjelaskan jika bonus tetap diberikan pada tahun ini, ia akan menyebabkan kerajaan terpaksa meminjam dari sumber lain untuk membuat bayaran berkenaan.
Katanya, Cuepacs gembira dengan jaminan kerajaan untuk mempertimbang pemberian bonus jika keadaan ekonomi negara semakin pulih selain kesediaan untuk mengkaji pemberian tambahan bantuan khas kewangan RM500 dalam masa terdekat ini. "Kita tunggulah... yang penting semua anggota perkhidmatan awam dapat menjalankan tugas dengan baik, meningkatkan produktiviti dan menjaga imej perkhidmatan awam," katanya pada sidang media selepas mengadakan perbincangan secara tertutup bersama Najib di Parlimen semalam. Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hasan dan 135 pemimpin tertinggi kongres dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Mengulas bantuan khas kewangan tambahan sebanyak RM500, Omar berkata, pihaknya membuat tuntu-tan itu bagi kakitangan awam Gred Satu hingga 54 selain memohon kerajaan menghapuskan cukai pendapatan 30 peratus bagi kakitangan Gred Jusa. "Perkara ini dalam pertimbangan Perdana Menteri dan kami harap ada keputusan dibuat dalam masa terdekat," katanya.

Foto Media Cuepacs

No comments: