Tuesday, November 3, 2009

BAYARAN KHAS RM500 KEPADA PESARA KERAJAAN

JPA
SIARAN AKHBAR
3/11/2009

Berhubung dengan pengumuman Y.A.B. Perdana Menteri semasa pembentangan
Bajet 2010 pada 23 Oktober 2009, sukacita Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
memaklumkan bahawa bayaran khas sebanyak RM500 akan diberikan kepada
semua penerima pencen (termasuk pesara pilihan dan pesara atas sebab lain,
serta balu, duda dan anak). Pemberian bayaran khas ini juga meliputi penerima
pencen Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Penerima pencen yang layak
menerima bayaran khas ini ialah mereka yang menerima pencen bulanan pada
bulan Disember 2009.
Bayaran melalui bank akan dilakukan pada 14 Disember 2009 (Isnin) iaitu sehari
sebelum tarikh pembayaran pencen bagi bulan Disember 2009 yang ditetapkan
pada 15 Disember 2009 (Selasa). Bagi mereka yang dibayar secara waran, waran
berasingan akan dikirimkan pada awal Disember bagi membolehkan penunaian
pada 14 Disember 2009.
Penjelasan selanjutnya mengenai perkara ini boleh diperolehi di
www.jpapencen.gov.my

No comments: