Monday, November 23, 2009

KECUALI PINJAMAN PERUMAHAN BAGI PETUGAS SAKIT: CUEPACS

Bernama
23/11/2009


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan akan dapat mengecualikan bayaran pinjaman perumahan bagi penjawat awam yang sakit sewaktu dalam perkhidmatan. Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, berkata pada masa ini hanya mereka yang membuat pinjaman selepas 1 Ogos, 1995 tidak perlu membayar baki pinjaman sekiranya mereka tidak dapat berkhidmat kerana sakit. Tetapi bagi petugas yang membuat pinjaman sebelum tarikh berkenaan terpaksa meneruskan bayaran pinjaman kerana polisi insuran mereka hanya meliputi kematian dan kebakaran tetapi bukan hilang upaya kekal.
"Ini bermakna penjawat awam tidak perlu menjelaskan baki pinjaman sekiranya mereka meninggal dunia atau rumah mereka terbakar tetapi bukan sekiranya mereka hilang upaya untuk bekerja kerana sakit," katanya. Faktor itu menyebabkan kira-kira 50,000 petugas awam dipercayai kini menghadapi keadaan sukar. Cuepacs berharap Pekeliling Perbendaharaan 6/95 dipinda bagi membolehkan semua penjawat awam yang mengambil pinjaman perumahan dilindungi sekiranya mereka hilang upaya kekal tanpa tempoh matang, kata Ahmad Shah.
Sumber daripada industri insuran berkata adalah mudah bagi kerajaan untuk mengatasi masalah itu dengan hanya memeterai kontrak tambahan dengan syarikat insuran bagi memasukkan peruntukan liputan tambahan. Namun persoalannya siapakah yang harus menanggung kos premium tambahan, kerajaan atau penjawat awam. - Bernama

Tuesday, November 17, 2009

Cuepacs And MACC Cooperate To Enhance Integrity


SEREMBAN, Nov 17 (Bernama) -- Cuepacs and the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) will organise more joint-programmes to enhance integrity and prevent corrupt practices in the civil service.

Cuepacs president Omar Osman said awareness on the danger of corruption among civil servants must be enhanced from time to time so that civil servants would eventually detest corruption.

He said Cuepacs was not only fighting for salary increments or the payment of annual bonus as well as the welfare of civil servants but also fighting for integrity of and the future for civil servants.

He said this to reporters after the seminar on corruption and improving integrity among civil servants organised jointly by the MACC and the Negeri Sembilan branch of Cuepacs which was opened by State Secretary Datuk Mat Ali Hassan who represented Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan, here on Tuesday.

-- BERNAMA

Cuepacs, SPRM bekerjasama tingkat integriti penjawat awam




SEREMBAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengadakan lebih banyak program bersama untuk meningkatkan tahap integriti dan menjauhi perbuatan rasuah di kalangan ahli penjawat awam.

Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata tahap kesedaran anggota penjawat awam mengenai bahayanya rasuah harus dipertingkatkan dari masa ke semasa sehingga akhirnya melahirkan anggota perkhidmatan awam yang membenci rasuah.

"Justeru itu, kita wajar meneruskan apa juga usaha yang telah dan bakal kita laksanakan semoga suatu hari nanti tahap kesedaran ini akan mewujudkan anggota perkhidmatan awam dan masyarakat Malaysia yang benar-benar bebas dari jenayah rasuah," katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas seminar pencegahan rasuah dan pemantapan integriti perkhidmatan awam anjuran bersama SPRM dan Cuepacs Cawangan Negeri Sembilan yang dirasmikan oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mat Ali Hassan yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan di sini, hari ini.

Katanya, Cuepacs bukan saja memperjuangkan kenaikan gaji atau bonus dan kebajikan penjawat awam semata-mata tetapi juga memperjuangkan integriti dan masa depan mereka. - Bernama

Thursday, November 12, 2009

KEPUTUSAN TIADA BONUS MUKTAMAD

Berita Harian
Oleh Anwar Hussin,
Faiza Zainudin dan Mohd Anwar Patho Rohman
bhnews@bharian.com.my
14/11/2009



Cuepacs akur penjelasan Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak dapat memberi bonus dua bulan gaji kepada kira-kira 1.2 juta kakitangan awam dan pesara perkhidmatan awam tahun ini berikutan keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya, kata Presiden Cuepacs, Omar Osman. Beliau berkata, pihaknya akur dengan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang menjelaskan jika bonus tetap diberikan pada tahun ini, ia akan menyebabkan kerajaan terpaksa meminjam dari sumber lain untuk membuat bayaran berkenaan.
Katanya, Cuepacs gembira dengan jaminan kerajaan untuk mempertimbang pemberian bonus jika keadaan ekonomi negara semakin pulih selain kesediaan untuk mengkaji pemberian tambahan bantuan khas kewangan RM500 dalam masa terdekat ini. "Kita tunggulah... yang penting semua anggota perkhidmatan awam dapat menjalankan tugas dengan baik, meningkatkan produktiviti dan menjaga imej perkhidmatan awam," katanya pada sidang media selepas mengadakan perbincangan secara tertutup bersama Najib di Parlimen semalam. Turut hadir, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hasan dan 135 pemimpin tertinggi kongres dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Mengulas bantuan khas kewangan tambahan sebanyak RM500, Omar berkata, pihaknya membuat tuntu-tan itu bagi kakitangan awam Gred Satu hingga 54 selain memohon kerajaan menghapuskan cukai pendapatan 30 peratus bagi kakitangan Gred Jusa. "Perkara ini dalam pertimbangan Perdana Menteri dan kami harap ada keputusan dibuat dalam masa terdekat," katanya.

Foto Media Cuepacs

Cuepacs Akur Tiada Dua Bulan Bonus

By: Ramjit-->
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akur dengan keputusan kerajaan tidak memberikan bonus dua bulan gaji kepada 1.2 juta kakitangan awam tahun ini selepas menerima penjelasan Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis.Presidennya Omar Osman berkata Perdana Menteri bagaimanapun memberi jaminan untuk mengkaji pemberian tambahan bonus sebanyak RM500 dalam masa terdekat sekiranya keadaan ekonomi mengizinkan."Perdana Menteri juga memberi jaminan akan menimbangkan pemberian bonus dua bulan seperti mana permintaan kongres sekiranya keadaan ekonomi negara pulih kelak."Perkara ini dalam pertimbangan Perdana Menteri, tetapi dalam masa terdekat kita berharap ada pertambahan RM500 untuk kakitangan awam mendapat RM1,000 Disember nanti," katanya kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira satu jam dengan Perdana Menteri di Parlimen di sini, hari ini.Bagi penjawat awam berpangkat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA), Omar berkata Perdana Menteri pada pertemuan hari ini turut bersetuju menimbangkan permintaan kongres untuk memberikan potongan cukai pendapatan sehingga 30 peratus.Omar berkata dalam pertemuan itu Najib menjelaskan dalam keadaan ekonomi sekarang, kerajaan mungkin terpaksa membabitkan pinjaman daripada sumber lain sekiranya mahu memenuhi permintaan kongres.Cuepacs sebelum ini menuntut kerajaan menimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam dalam perbentangan Bajet 2010 pada 23 Okt lepas.Kerajaan bagaimanapun mengumumkan akan memberikan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 41 hingga 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini.Turut dibincangkan pada pertemuan itu ialah mengenai kenyataan Perdana Menteri kepada Cuepacs bahawa adalah salah dari segi moral bagi kongres itu menuntut bonus ketika keadaan ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.Perdana Menteri juga menyifatkan tindakan kongres itu boleh membuatkan Cuepacs popular di kalangan ahlinya, tetapi dalam konteks ekonomi semasa ia disifatkan sebagai tidak wajar."Selepas Perdana Menteri menjelaskan apa sebenarnya yang dimaksudkan, kita terima dan perkara ini kita anggap sudah tamat," kata Omar.Dalam isu lain, Omar berkata kongres itu turut menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri untuk menimbangkan supaya 18,000 warga pekerja Kemas diberi keistimewaan yang sama dengan warga perkhidmatan awam.Pada pertemuan itu, Perdana Menteri juga bersetuju untuk menambah geran peruntukan tahunan Cuepacs kepada RM1 juta bermula tahun depan, katanya.Tahun lepas, Cuepacs menerima RM350,000 bagi menjalankan aktiviti kongres.-- BERNAMA

Cuepacs Accepts Government Decision On Not Giving Bonus

By: Ramjit-->

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Cuepacs has accepted the government decision not to pay a bonus of two months' salary to the 1.2 million civil servants this year after getting clarification from Datuk Seri Najib Tun Razak Thursday.Its president, Omar Osman said the Prime Minister, however, gave an assurance that he would look into the payment of an additional bonus of RM500 in the near future if the economic situation permitted it."The Prime Minister also gave an assurance that he would consider the payment of the two months' bonus as requested by the congress if the country's economic situation recovered later."This matter is under consideration by the Prime Minister, but in the near future we hope there is an addition of RM500 for civil servants to receive RM1,000 in December," he told reporters after a meeting of about one hour with the Prime Minister at Parliament House, here Thursday.For civil servants with the rank of 'Jusa' and above, Omar said the Prime Minister also agreed to consider the request of the congress to allow an income tax reduction of up to 30 per cent.Omar said that at the meeting, Najib explained that the government might have to borrow from other sources if it were to meet the demand of the congress.Cuepacs had earlier requested that the government consider the payment of a bonus of two months' salary for civil servants in the tabling of the 2010 Budget on Oct 23.The government however announced that it would give a special payment of RM500 to government employees in grades 41-54 and its equivalent as well as government pensioners in DecemberAt the meeting, the Prime Minister also agreed to increase the annual grant to Cuepacs to RM1 million beginning next year, he said.Last year, Cuepacs received RM350,000 to carry out its activities.-- BERNAMA

PRESIDEN CUEPACS AKAN JUMPA PM



Utusan Malaysia07/11/2009 3:59pmKUALA LUMPUR 7 Nov - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Omar Osman hari ini berkata mahu bertemu Perdana Menteri dalam masa terdekat bagi memohon penjelasan beliau berkaitan kenyataannya yang mengatakan CUEPACS tidak bermoral apabila menuntut bonus dua bulan gaji untuk kakitangan awam dalam keadaan ekonomi negara tidak menentu.Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan menyuarat di pejabat CUEPACS hari ini yang dihadiri oleh wakil gabungan kesatuan itu dari seluruh negara seramai 130 orang.- Utusan

SEKTOR AWAM PATUT LEBIH BERSYUKUR
Berita Harian12/11/2009SAYA sama sekali tidak bersetuju dengan penjawat awam diberi bonus ketika ekonomi masih gawat. Walaupun ekonomi meleset kerajaan tetap memberi pelbagai elaun kepada penjawat awam, mereka dijaga sampai akhir hayat dengan bayaran pencen yang lumayan. Kalau mati pun pencen masih diberi kepada isteri mereka. Pelbagai kemudahan mereka nikmati, kalau berdepan dengan masalah disiplin, jarang dibuang kerja sebaliknya dipindahkan ke tempat lain, namun kerja masih ada. Saya melihat ramai penjawat awam mendabik dada sebab layanan dan imbuhan yang banyak diberikan, hingga ada yang menjadi angkuh sehingga mereka memperlekehkan kami pekerja swasta. Pada era pemerintahan Tun Abdullah Badawi kenaikan gaji yang berlipat ganda diberikan dengan pelbagai kemudahan, elaun tinggi, apakah masih tidak mencukupi kepada penjawat awam. Apakah mereka tidak bersyukur, saya selalu berurusan dengan mereka malangnya perkhidmatan yang diberi amat mendukacitakan. Siapa kata kami pekerja insurans, bank, sektor kewangan lain diberi bonus tatkala ekonomi merudum. Tidakkah penjawat awam, ramai di kalangan kami dibuang kerja, sehingga setiap kali ekonomi merudum kami semua hidup dalam ketakutan.Kami pekerja swasta sentiasa bertungkus lumus untuk menaikkan kewangan syarikat 'kerja siang dan malam memikirkan hari esok’. Kalau kami buat silap kami kena tanggung atau dibuang kerja. Betul kata Perdana Menteri, adalah tidak bermoral meminta bonus ketika ekonomi meleset, sedangkan kami pekerja swasta ada yang kena buang kerja, potong gaji, apatah lagi bonus jauh sekali. Kepada Cuepacs, janganlah kerana ingin mengekalkan populariti menyebabkan orang lain memandang serong terhadap penjawat awam. Memang benar penjawat awam memberi sumbangan kepada negara, tetapi penyumbang utama kepada ekonomi negara ialah sektor swasta, bukan kerajaan.WARGA SWASTA,Kuala Lumpur.


KAKITANGAN AWAM USAH TUNTUT BONUS KETIKA EKONOMI LEMBAB
Berita Harian12/11/2009SAYA ingin mengulas pandangan Mohamad dari Putrajaya yang disiarkan ruangan ini kelmarin mengenai bonus kepada kakitangan kerajaan. Penulis menyatakan penjawat awam berhak mendapat bonus berdasarkan; l Sebahagian besar tugas dan tanggungjawab kepada orang ramai berjaya dilaksanakan.l Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) masih memberi bonus kepada kakitangan ketika suasana ekonomi sekarang. l Penjawat awam memainkan peranan yang cukup penting kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara, mikro dan makro ekonomi. l Penjawat awam membayar cukai.Berdasarkan kenyataan penulis di atas, saya berpendapat jika itu adalah isu untuk membolehkan penjawat awam mendapat bonus, ia adalah sangat lemah dan cetek. Bonus bukannya hak mutlak kakitangan. Tidak kira di mana atau apa pekerjaan seseorang itu. Ia adalah hak mutlak majikan. Adalah terkecuali kepada seseorang atau pertubuhan yang mempunyai ikatan kontrak yang memastikan bonus dibayar setiap tahun. Dalam kes penjawat awam, majikan adalah ketua kerajaan pemerintah. Dan secara tidak langsung dimiliki rakyat amnya. Jika rakyat sedang mengalami keperitan ekonomi, adakah wajar mereka meminta bonus tambahan yang sudah tentu menelan belanja yang bukan sedikit. Ini akan menyumbang kepada defisit negara. Penulis juga perlu berfikiran di mana institusi kerajaan bukannya satu institusi perniagaan. Kerajaan bukan peniaga yang menjana keuntungan. Bagaimana mekanisme pengiraan bonus boleh dibuat jika tidak berdasarkan keuntungan. Lebih-lebih lagi di dalam keadaan ekonomi tidak menentu ini. Penulis juga usah terlupa akan keistimewaan yang diperoleh sebagai penjawat awam yang tidak didapati oleh kakitangan swasta mahupun GLC yang lain. Saya kira itu sudah menjadi bonus kepada khususnya kepada penulis dan kakitangan kerajaan yang lain amnya yang dibayar secara langsung dan tidak langsung.Janganlah ‘diberi betis diminta paha; diberi paha dipijak kepala’. Perdana Menteri memberikan peruntukan tambahan untuk sebahagian penjawat awam yang mana sebahagian yang lain sudah menerimanya terlebih dulu sebelum pembentangan bajet baru-baru ini. Saya pastinya bukan kakitangan kerajaan. Ini tidak bermaksud untuk membangkang penulis secara terus cuma memberikan pandangan dari sisi sebagai rakyat yang sayangkan negara. Walaupun begitu saya ingin berterima-kasih kepada penulis dan rakan-rakan yang meningkatkan prestasi kerja serta melakukan tugas dengan baik. Dan ketahuilah, itu adalah tanggung-jawab dan amanah yang harus dipikul sebagai penjawat awam.
YUZALEE,
Kuala Lumpur

Tuesday, November 10, 2009

PERTEMUAN AHLI MAJLIS KONGRES DENGAN YAB. PERDANA MENTERI




Media Cuepacs
10/11/2009



Pudu: Perjumpaan Ahli Majlis Kongres dengan YAB. Perdana Menteri akan diadakan pada 12 November 2009 jam 4.00 petang di Bangunan Parlimen . Satu pra-pertemuan akan diadakan kepada semua Ahli Majlis Kongres di Wisma Cuepacs pada jam 11.00 pagi . Selepas itu jam 2.00 petang Ahli Majlis Kongres akan di bawa dengan bas menuju ke Bangunan Parlimen. Semua Ahli Majlis Kongres lelaki di minta memakai baju kot dengan tali leher (tie) dan wanita memakai pakaian yang bersesuaian.

TUNTUTAN BONUS BIAR SEPADAN MUTU KERJA

Berita Harian
10/11/2009




TIDAK habis-habis tuntutan bonus dua bulan gaji untuk penjawat awam diperjuangkan Kongres Kesatuan Sekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) sehingga kita bosan dan jelik. Sesudah gagal dengan Bajet 2010 dibentangkan Datuk Seri Najib Razak selaku Menteri Kewangan sebab tidak menyentuh pemberian bonus, sekarang presidennya diberitakan hendak berunding isu itu dengan Perdana Menteri pula. Penjawat awam sedar kegawatan ekonomi sehinggakan pemberian bonus itu tidak terungkai sekarang. Dalam apa keadaan sekalipun sama ada gawat atau makmur, penjawat awam patut memikirkan usaha dan tindakan bagi memperbaiki urus tadbir serta khidmat awam kepada masyarakat.
Mutu khidmat awam kian merosot sejak 2005 sehingga aduan bertambah tiga kali ganda tahun lalu, menjadikan 6,095 aduan diterima Biro Pengaduan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam. Antara aduan ketara ialah kelewatan, ketiadaan tindakan pegawai, keputusan tidak adil dan tidak berkualiti. Pastinya aduan itu berkait dengan salah guna kuasa, penyelewengan, salah laku dan kegagalan penguatkuasaan.
Pengaduan awam akan terus meningkat bukan perkara mustahil. Justeru, bagaimanakah iltizam ‘mendahulukan rakyat’ dan ‘mengutamakan pencapaian’ mampu dicapai? Sudah berulang kali pemimpin negara meminta penjawat awam membaiki mutu perkhidmatan, tetapi nampaknya nasihat itu seperti ‘mencurahkan air di daun keladi’. Khidmat nasihat yang dihulurkan kepada pembayar cukai sepatutnya dianggap amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh takwa, rendah diri, reda dan rela berlandaskan prinsip lebih mengutamakan kepentingan awam.

DR ILLIAS ZAIDI,
Kuala Lumpur.

Saturday, November 7, 2009

Cuepacs mahu pertemuan dengan PM, dapat penjelasan sebenar

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) tetap mahu mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bagi mendapatkan gambaran sebenar berhubung kenyataannya, mengenai permintaan bonus dan keadaan ekonomi negara.

Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pertemuan itu perlu bagi membolehkan kongres itu menjelaskan perkara sebenar yang dimaksudkan Perdana Menteri kepada ahli-ahlinya.

"Kita mahu penjelasan lebih lanjut, supaya kita dapat jelaskan kepada ahli-ahli kita. Sekarang kita keliru tentang kenyataan beliau, ini termasuklah ahli kita," katanya lagi selepas mesyuarat khas Cuepacs di sini, hari ini.


Najib pada awal minggu ini dilaporkan berkata, adalah salah daripada segi moral bagi Cuepacs untuk meminta bonus kerana negara masih bergelut untuk keluar daripada kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta dibuang kerja.

Omar berkata, hasil mesyuarat khas hari ini, kesemua ahli majlis kongres yang hadir bersetuju untuk menghantar surat kepada Perdana Menteri untuk mengadakan pertemuan dan ia akan dihantar Isnin ini.

Beliau berkata, Cuepacs juga mahu mendapat penerangan mengenai keadaan ekonomi yang masih belum pulih seperti yang dikatakan Perdana Menteri dalam pertemuan itu.

"Majlis kongres (Cuepacs) belum pernah diberi taklimat terhadap keadaan ekonomi negara sebenarnya, jadi Kongres berpendapat keadaan ekonomi kita hari ini baik berdasarkan kerajaan memberi bantuan khas RM500 (kepada kakitangan awam dan pesara kerajaan)," katanya. - Bernama

Cuepacs Wants A Meeting With PM To Get Actual Picture

KUALA LUMPUR, Nov 7 (Bernama) -- Cuepacs will push for a meeting with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak to get the actual picture regarding his statement on the request for a bonus and the national economic situation.

Cuepacs president Omar Osman said the meeting was necessary to enable the congress to explain to its members what was meant by the Prime Minister in his statement.

"We want more detailed explanation so that we can then explain to our members. Now, we are confused over his statement, this also includes our members," he told reporters after a special Cuepacs meeting, here on Saturday.

Earlier this week, Najib was reported to have said that it was morally wrong for Cuepacs to demand for a bonus as the nation was still facing an economic slowdown and many workers in the private sector had been retrenched.

Omar said all members of the Cuepacs council who attended the special meeting had agreed that a letter would be sent to the Prime Minister to call for the meeting and it would be sent on Monday.

-- BERNAMA

Presiden CUEPACS akan jumpa PM

07/11/2009 3:59pm

KUALA LUMPUR 7 Nov - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Omar Osman hari ini berkata mahu bertemu Perdana Menteri dalam masa terdekat bagi memohon penjelasan beliau berkaitan kenyataannya yang mengatakan CUEPACS tidak bermoral apabila menuntut bonus dua bulan gaji untuk kakitangan awam dalam keadaan ekonomi negara tidak menentu.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan menyuarat di pejabat CUEPACS hari ini yang dihadiri oleh wakil gabungan kesatuan itu dari seluruh negara seramai 130 orang.

- Utusan

SIMPLY VOICING CALL OF MEMBERSHIP




Malay MailG. PrakashFriday, November 6th, 2009 04:50:00


Cuepacs presiden Omar Osman not doing it for popularity


Congress of Union of Employees in the Public and Civil Services (Cuepacs) president Omar Osman wants to make it clear that his earlier call for a two-month bonus was simply the demand expressed by their 1.2 million strong membership.“I just want to say that gaining popularity is not what I’m seeking,” he told Malay Mail. “I am just speaking out on behalf of our congress and asking for what the civil servants have demanded.”He was responding to the comment by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak on Wednesday that it was morally wrong for the Cuepacs president to ask for bonus during the global economic crisis.Najib also noted that, while it was a popular move for the Cuepacs president to continue to pressure the Government for a two-month bonus for the civil servants, it was not the right time to make such a demand.“I’m of course also disappointed that the Prime Minister had said this,” said Omar. However, he refused to speculate whether Cuepacs will still pursue the bonus issue.“This will be only decided tomorrow as we will be having an emergency meeting to discuss this matter. It will be attended by all 145 of our congress leaders and members at our Cuepacs headquarters.”Omar also said that Cuepacs is seeking to have a meeting with the Prime Minister to discuss ways to improve the service performances of civil servants.“Chief Secretary to the Government, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, has confirmed that the Prime Minister had agreed to meet us, but a date was not been confirmed.”While the Government gave a one-month bonus with a minimum payment of RM1,000 in the last Budget, the latest didn’t have any such bonus for civil servants.Najib, who is also Finance Minister, announced that the Government had decided to introduce a reward system for civil servants instead to motivate those who performed well.

Friday, November 6, 2009

BONUS PERMINTAAN KONGRES

Berita Harian
Oleh Nor Fazlina Abdul Rahim
nfazlina@bharian.com.my
6/11/2009

KUALA LUMPUR: Presiden Cuepacs, Omar Osman, mendakwa tindakannya yang meminta bonus dua bulan membabitkan 1.2 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam adalah suara kongres bukan permintaan individu sehingga dilabelkan salah dari segi moral. Pada masa sama, beliau memahami kesulitan masalah ekonomi negara yang tidak stabil, namun itu hanyalah permintaan yang dilakukan mewakili kongres, bukannya mendesak atau perbuatan melampau untuk mendapatkan bonus berkenaan. Katanya, beliau terima dan hormati teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, namun sedikit kecewa kerana permintaan Cuepacs itu dilabelkan salah dari segi moral.
“Perlu faham, bonus itu hanya permintaan bagi menyuarakan hasil mesyuarat kongres pada semua peringkat termasuk Sabah dan Sarawak, kalau tak mahu bagi, Cuepacs tak mengamuk. “Bukannya kita desak kerajaan sehingga perlu menunaikan bonus dua bulan itu. Apabila kerajaan mengumumkan RM500 untuk semua kakitangan dan bekas pesara awam, Cuepacs ingat ada imbuhan susulan daripada bajet yang dibentangkan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri tindakan Cuepacs menuntut dua bulan bonus untuk 1.2 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam ketika keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya adalah salah dari segi moral.
Omar berkata, kerajaan tidak sepatutnya membandingkan kakitangan awam dengan swasta dari segi kemudahan termasuk bonus tahunan kerana ia mempunyai jarak yang luas. “Setiap tahun kakitangan swasta memperoleh bonus yang banyak dan Cuepacs hanya meminta bonus dua bulan gaji. “Permintaan itu dibuat oleh saya selaku presiden bagi memperjuangkan hak kakitangan awam dan tidak pernah terfikir untuk memperoleh populariti di kalangan penjawat awam,” katanya. Beliau berkata, apa yang dilakukan itu mengikut landasan betul dan menganggap tidak salah sekiranya setiap persatuan yang ada membuat permintaan terhadap pihakkerajaan.
“Saya meminta pada landasan yang betul, saya pun tidak faham maksud Perdana Menteri yang menganggap permintaan saya adalah salah dari segi moral. “Namun, sebagai seorang presiden yang sudah bersama Cuepacs sejak 35 tahun lalu, teguran itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus memperjuangkan hak kakitangan awam pada masa akan datang. “Paling penting, sebagai kakitangan yang paling dekat dengan kerajaan, mereka wajar memperoleh kemudahan yang sepatutnya,” katanya.

CUEPACS AKUR ISU BONUS DUA BULAN

Berita Harian
Oleh Nor Fazlina Abdul
6/11/2009


Tuntutan imbuhan keputusan kongresKUALA LUMPUR: Presiden Cuepacs, Omar Osman, mendakwa tindakannya yang meminta bonus dua bulan membabitkan 1.2 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam adalah suara kongres bukan permintaan individu sehingga dilabelkan salah dari segi moral. Pada masa sama, beliau memahami kesulitan masalah ekonomi negara yang tidak stabil, namun itu hanyalah permintaan yang dilakukan mewakili kongres, bukannya mendesak atau perbuatan melampau untuk mendapatkan bonus berkenaan.
Katanya, beliau terima dan hormati teguran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, namun sedikit kecewa kerana permintaan Cuepacs itu dilabelkan salah dari segi moral. “Perlu faham, bonus itu hanya permintaan bagi menyuarakan hasil mesyuarat kongres pada semua peringkat termasuk Sabah dan Sarawak, kalau tak mahu bagi, Cuepacs tak mengamuk. “Bukannya kita desak kerajaan sehingga perlu menunaikan bonus dua bulan itu. Apabila kerajaan mengumumkan RM500 untuk semua kakitangan dan bekas pesara awam, Cuepacs ingat ada imbuhan susulan daripada bajet yang dibentangkan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri tindakan Cuepacs menuntut dua bulan bonus untuk 1.2 juta kakitangan dan pesara perkhidmatan awam ketika keadaan ekonomi negara belum pulih sepenuhnya adalah salah dari segi moral. Omar berkata, kerajaan tidak sepatutnya membandingkan kakitangan awam dengan swasta dari segi kemudahan termasuk bonus tahunan kerana ia mempunyai jarak yang luas. “Setiap tahun kakitangan swasta memperoleh bonus yang banyak dan Cuepacs hanya meminta bonus dua bulan gaji. Selaku presiden bagi memperjuangkan hak kakitangan awam dan tidak pernah terfikir untuk memperoleh populariti di kalangan penjawat awam,” katanya.

Thursday, November 5, 2009

Caring Dialysis Center terima sumbangan



M. SARAVANAN bertanyakan sesuatu kepada Ong Kee Liang pada majlis perasmian pusat perkhidmatan hemodialisis, Caring Dialysis Center di Cheras kelmarin.


CHERAS 4 Nov. - Masyarakat di sekitar Cheras, khususnya pesakit buah pinggang boleh menarik nafas lega apabila sebuah pusat rawatan penyakit berkenaan dibuka di Taman Midah di sini semalam.

Pusat berkenaan merupakan cawangan terbaru Caring Dialysis Center, dan sempena majlis perasmiannya, sebuah mesin hemodialisis telah disumbangkan oleh Syarikat Inai Kiara Sdn. Bhd. melalui Persatuan Bekas Kastam Malaysia (Perbekas) bagi kegunaan pesakit buah pinggang yang mendapatkan rawatan di situ.

Pengerusi Caring Dialysis Center Dr. Ong Kee Liang berkata, sumbangan mesin itu akan memudahkan orang ramai menjalani pemeriksaan dan rawatan khususnya kepada pesakit yang menghidap buah pinggang yang tinggal di kawasan sekitar.

"Tidak banyak tempat yang menawarkan perkhidmatan kepada pesakit buah pinggang dan melalui penubuhan pusat rawatan ini akan meringankan beban masyarakat untuk mendapatkan kemudahan rawatan.

"Oleh itu, kita berharap dapat memberi perkhidmatan kepada masyarakat khususnya kepada mereka yang menetap di Cheras," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pembukaan Caring Dialysis Center dan penyerahan mesin hemodialisis yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan.

Hadir sama Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ahmad Amir Mohd. Hashim, Pengerusi CUEPACS Kuala Lumpur, Ja'apar Mansor, Presiden Persatuan Persara MIDA, Nordin Pilus, Timbalan Presiden Pesara Imigresen, Datuk Yusoff serta Pengerusi Persara Kakitangan DBKL, Arnachimutu.

Sementara itu, Presiden Perbekas, Datuk Abdul Rahman Manan berkata, beliau berharap melalui sumbangan mesin ini akan meningkatkan kualiti hidup kepada masyarakat khususnya di kawasan Cheras.

"Ia secara tidak langsung membantu merealisasikan impian kerajaan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kesihatan di negara ini.

"Kami juga berharap banyak syarikat swasta dan masyarakat akan sedar dan terus memberi sumbangan seperti yang dilakukan oleh Inai Kiara," katanya.

SALAH DI SEGI MORAL UNTUK MEMINTA BONUS - NAJIB

Bernama

4/11/2009

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri berkata adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus kerana negara ini masih bergelut untuk keluar dari kemelesetan ekonomi dan ramai pekerja di sektor swasta dibuang kerja.

"Adalah salah di segi moral untuk meminta mendapatkan bonus apabila ekonomi belum pulih. Saya sentiasa memberitahu Ceupacs (Presiden Omar Osman) bahawa ia tidak boleh bertindak seperti kesatuan sekerja, setiap kali meraung meminta bonus (setiap kali pembentangan bajet) kerana anda mahu menjadi (kekal) popular di kalangan ahli anda," katanya.

Cuepacs, badan induk bagi kesatuan pekerja sektor awam, kini mendesak kerajaan untuk mendapatkan bonus dua bulan bagi 1.2 juta kakitangan awam di negara ini.

"Di dalam sektor swasta, pekerjanya dibuang kerja dan ia tidak berlaku di dalam perkhidmatan kerajaan.

"Bagaimana pun, itu tidak bermakna pekerja cemerlang tidak boleh diberi ganjaran tetapi malangnya sistem sedemikian tidak diwujudkan.

"Jika kita ada sistem yang memotivasikan mereka, tenaga kerja awam juga boleh meningkat untuk menjadi pekerja berprestasi tinggi. Kita sepatutnya memberi ganjaran kepada mereka.

"Kita tidak sepatutnya membiarkan mereka menjadi yang kedua terbaik, tingkatkan prestasi mereka.

"Benar, sesuatu bantuan yang kecil perlu dihulurkan," katanya, sambil menyatakan bahawa "ia seperti permainan golf, sedikit handicap, tetapi mereka perlu mengurangkan lebih masa, dari 24 kepada 18, 12 dan kemudiannya satu angka dan bersaing secara setara dengan pekerja lain.

"Ia juga sama dengan Bumiputera; dari masa ke semasa mereka perlu mengurangkan handicap masing-masing.

"Anda tidak boleh berada pada 24 sepanjang masa. Saya mengimpikan satu hari nanti apabila Bumiputera berupaya bersaing dengan sesiapa pun yang tiada handicap. Hari itu akan tiba. Jadi, kita kurangkannya perlahan-lahan.

Bukan Bumiputera merasakan sistem semasa tidak adil tetapi saya jadikannya lebih adil. Setiap rakyat Malaysia akan dilayan dengan adil di negara ini," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, semasa berucap di Forum Majlis makan Tengah Hari Perniagaan Bankers' Club.

Dua pakej rangsangan RM67 bilion kerajaan telah membantu menampan kesan kemelesetan ekonomi global.

Sehubungan itu, ekonomi negara ini dijangka mengecut hanya 3.0 peratus pada tahun ini, iaitu lebih rendah daripada unjuran lebih awal iaitu penguncupan sebanyak 4.0 hingga 5.0 peratus.

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara ini dijangka mengembang kira-kira 3.0 peratus pada tahun depan.

Kerajaan telah mengambil langkah berani untuk mengurangkan defisit Kerajaan Persekutuan pada tahun depan kepada 5.6 peratus berbanding 7.4 peratus tahun ini.

--BERNAMA

Wednesday, November 4, 2009

Tindakan Cuepacs minta bonus salah dari segi moral: PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, tindakan Cuepacs meminta bonus adalah salah dari segi moral dalam keadaan ekonomi negara yang belum pulih daripada kegawatan global.

Perdana Menteri berkata demikian pada majlis Forum Bankers Club, di sini, tengah hari tadi.

Cuepacs minta bonus salah dari segi moral: PM..link disini http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20091104152520/Article/

Klik Sini

UCAPAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA ALLAHYARHAM PAK LIAS


Dukacita dimaklumkan Bekas Setiausaha Agung KPKSM iaitu Allahyarham Pak Lias (Illias bin Wan Cik) telah kembali ke rahmatullah pada Rabu, 30 September 2009. KPKSM mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan bersama kita mendoakan agar rohnya di tempat bersama orang-orang yang beriman. Bersama juga kita sedekahkan Al-Fatihah. Amin

Tuesday, November 3, 2009

BAYARAN KHAS RM500 KEPADA PESARA KERAJAAN

JPA
SIARAN AKHBAR
3/11/2009

Berhubung dengan pengumuman Y.A.B. Perdana Menteri semasa pembentangan
Bajet 2010 pada 23 Oktober 2009, sukacita Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
memaklumkan bahawa bayaran khas sebanyak RM500 akan diberikan kepada
semua penerima pencen (termasuk pesara pilihan dan pesara atas sebab lain,
serta balu, duda dan anak). Pemberian bayaran khas ini juga meliputi penerima
pencen Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Penerima pencen yang layak
menerima bayaran khas ini ialah mereka yang menerima pencen bulanan pada
bulan Disember 2009.
Bayaran melalui bank akan dilakukan pada 14 Disember 2009 (Isnin) iaitu sehari
sebelum tarikh pembayaran pencen bagi bulan Disember 2009 yang ditetapkan
pada 15 Disember 2009 (Selasa). Bagi mereka yang dibayar secara waran, waran
berasingan akan dikirimkan pada awal Disember bagi membolehkan penunaian
pada 14 Disember 2009.
Penjelasan selanjutnya mengenai perkara ini boleh diperolehi di
www.jpapencen.gov.my

SISTEM GANJARAN TINGKATAN PRODUTIVITI SEKTOR AWAM - CUEPACS

Utusan Malaysia
3/11/2009


KUALA LUMPUR 2 Nov. - Sistem ganjaran yang bakal diperkenalkan oleh kerajaan akan meningkatkan mutu kerja sektor awam di negara ini. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, sehubungan itu pihaknya menyambut baik sistem ganjaran tersebut.
Menurutnya, pelaksanaan sistem itu akan meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja di kalangan penjawat awam dan pentadbiran kerajaan.
"Di negara luar banyak menyediakan ganjaran kepada pekerja awam sehingga menyediakan bonus lapan bulan gaji.
"Oleh itu, sistem ganjaran yang ingin diperkenalkan di negara ini mesti dilakukan menyeluruh, adil dan saksama untuk mengelakkan daripada kembali seperti sistem terdahulu iaitu secara menegak dan melintang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah kerajaan untuk memperkenalkan sistem ganjaran kepada kakitangan cemerlang dalam sektor awam.
Omar berkata, beliau berharap sistem ganjaran ini akan dimulakan secepat mungkin iaitu pada Januari tahun depan.
"Dengan keadaan ekonomi sekarang yang lembap, pengenalan sistem ganjaran akan membantu meringankan beban kewangan kepada pekerja di sektor awam," katanya.
Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Syed Syahir Syed Mohamud berkata, sistem ganjaran itu mestilah telus dan bertanggungjawab.
"Apa saja langkah yang dilakukan oleh kerajaan mestilah boleh mendatangkan manfaat kepada semua pihak," katanya.

Monday, November 2, 2009

PENJAWAT AWAM JANGAN ULANG KESILAPAN - MUHYIDDIN

Utusan Malaysia
02/11/2009 12:02pm


PUTRAJAYA 2 Nov. — Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan semua penjawat awam supaya tidak mengulangi pelbagai kesilapan yang disebut dalam laporan Ketua Audit Negara 2008.
Bercakap di perhimpunan bulanan Kementerian Pelajaran di sini, Timbalan Perdana Menteri berkata semua teguran itu tidak akan memberi sebarang manfaat sekiranya ia dibuat sambil lewa oleh pihak terlibat.
Katanya, ia bukan satu teguran biasa sebaliknya ia adalah peringatan yang telah berulang kali dibangkitkan.
"Kalau teguran-teguran ini telah kerapkali dibangkitkan dahulu dan masih juga berulang di waktu sekarang ini dalam laporan terkini, mungkin rakyat akan berkata bahawa kita tidak serius, bahawa laporan Ketua Audit Negara yang penting itu tidak diberikan perhatian seolah-olah kerajaan tidak mengambil kira apa pandangan yang dibuat oleh pasukan yang kita tahu sentiasa memantau tentang kerja kita dan laporan-laporan tahunan yang dikeluarkan,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, tindakan yang serius perlu diambil kerana kesilapan yang sentiasa berulang menandakan bahawa pihak terlibat tidak memberi tumpuan yang sepatutnya kepada cara pelaksanaan kerja, sekaligus mengabaikan aturan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. - Bernama

GANJARAN LEBIH MENYELURUH BAGI PENJAWAT AWAM JABATAN : PM

Berita Harian
2/11/2009

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memperkenalkan sistem ganjaran yang lebih menyeluruh di kalangan penjawat awam dan jabatan yang menjurus ke arah budaya kerja prestasi tinggi, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, di sini, pagi ini.

CUEPACS CADANG JPA KAJI SEMULA GRED PEMANDU

Bernama
1/11/2009

PULAU PINANG, 31 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya mengkaji semula gred gaji pemandu di semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan agar lebih sesuai dengan keadaan dan tuntutan semasa tugas mereka.Presidennya Omar Osman berkata kedudukan gred gaji pemandu ketika ini dianggap tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa dan perlu disusun semula agar menjaga kebajikan lebih 25,000 penjawat awam itu.Katanya Cuepacs berharap gred gaji R3 dan R6 untuk pemandu dapat dinaikkan masing-masing kepada R12 dan R14 serta mewujudkan gred baru iaitu R16 memandangkan tugas mereka berisiko tinggi dan melibatkan keselamatan nyawa penumpang.Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung dwi-tahunan Kesatuan Pemandu-pemandu Kementerian Kesihatan Semenanjung Malaysia (KPKKSM) kali ke-21 di sini pada Sabtu, beliau berkata dengan kenaikan gred itu kelak, gaji permulaan serta gaji mati bagi setiap gred akan lebih baik."R3 adalah gred bagi pemandu yang baru dilantik ke jawatan itu manakala R6 merupakan gred bagi kenaikan pangkat dalam skim pemandu ," katanya.Ketika ini, gaji permulaan bagi pemandu pada gred R3 ialah sekitar RM647 dan gaji mati RM1,500 manakala bagi R6 kira-kira RM685 dan gaji mati sekitar RM1,700.Omar berkata gred R16 pula perlu diwujudkan supaya pemandu berpeluang meningkatkan kerjaya mereka sehingga ke tahap penyelia.Katanya Cuepacs mendapat aduan bahawa terdapat pemandu yang terpaksa menanggung sendiri kos kerosakan kereta jabatan sekiranya berlaku kemalangan, saman lalu lintas, bayaran tol atau kehilangan kenderaan itu."Sudahlah gaji mereka kecil, kumpulan pemandu ini juga tidak dilindungi insurans dan ini amat tidak sesuai dengan tugas dan keselamatan mereka. Mereka bukan sahaja menjaga nyawa dan keselamatan diri sendiri malahan pegawai atau kakitangan yang menggunakan kenderaan jabatan itu," katanya.Beliau berkata Cuepacs akan mengadakan pertemuan dengan JPA pada 12 Nov ini dan isu kenaikan gred dan gaji pemandu merupakan antara perkara yang akan dibangkitkan.Selain itu, katanya beberapa perkara lagi yang akan dipanjangkan kepada JPA ialah berkaitan cadangan mengurangkan faedah pinjaman perumahan kakitangan awam daripada empat peratus kepada satu peratus dan tambahan cuti bersalin bagi kakitangan wanita daripada 60 hari kepada 84 hari serta cuti bersalin bergaji penuh sehingga anak ketujuh.Omar berkata Cuepacs juga memohon pertimbangan kerajaan agar bantuan khas RM500 yang diumumkan semasa pembentangan bajet 2010 baru-baru ini bukan sekadar melibatkan gred 41 hingga 54 serta pesara wajib sahaja , malahan dipanjangkan juga kepada pesara pilihan dan mereka yang memilih bersara berikutan proses penswastaan.Dalam perkembangan lain, Omar berkata Cuepacs berharap dapat menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat untuk membincangkan isu pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam.Katanya beliau telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan Ketua Setiausaha Negara dua malam lalu dan berhasrat membawa sendiri isu itu untuk perbincangan langsung dengan Perdana Menteri."Kita mahu menyampaikan sendiri hasrat ini kepada Perdana Menteri dan hendak mendengar amanat dan mandat beliau kepada kakitangan awam," katanya.-- BERNAMA

CUEPACS MAHU GRED GAJI 25,000 PEMANDU DINAIKAN

Berita Harian
1/11/2009

GEORGETOWN: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengkaji semula gred gaji pemandu di semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan agar lebih sesuai dengan keadaan dan tuntutan semasa tugas mereka. Presidennya, Omar Osman, berkata kedudukan gred gaji pemandu ketika ini dianggap tidak lagi sesuai dengan keadaan semasa dan perlu disusun semula agar menjaga kebajikan lebih 25,000 penjawat awam itu. Katanya, Cuepacs berharap gred gaji R3 dan R6 untuk pemandu dapat dinaikkan masing-masing kepada R12 dan R14 serta mewujudkan gred baru iaitu R16 kerana tugas mereka berisiko tinggi dan membabitkan keselamatan nyawa penumpang. Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung dwi-tahunan Kesatuan Pemandu-pemandu Kementerian Kesihatan Semenanjung Malaysia (KPKKSM) kali ke-21 di sini hari ini, beliau berkata dengan kenaikan gred itu kelak, gaji permulaan serta gaji mati bagi setiap gred akan lebih baik. "R3 adalah gred bagi pemandu yang baru dilantik ke jawatan itu manakala R6 merupakan gred bagi kenaikan pangkat dalam skim pemandu ," katanya. Ketika ini, gaji permulaan bagi pemandu pada gred R3 ialah sekitar RM647 dan gaji mati RM1,500 manakala bagi R6 kira-kira RM685 dan gaji mati sekitar RM1,700.
Omar berkata, gred R16 pula perlu diwujudkan supaya pemandu berpeluang meningkatkan kerjaya mereka sehingga ke tahap penyelia. Katanya, Cuepacs mendapat aduan bahawa terdapat pemandu yang terpaksa menanggung sendiri kos kerosakan kereta jabatan sekiranya berlaku kemalangan, saman lalu lintas, bayaran tol atau kehilangan kenderaan itu. "Sudahlah gaji mereka kecil, kumpulan pemandu ini juga tidak dilindungi insurans dan ini amat tidak sesuai dengan tugas dan keselamatan mereka. Mereka bukan sahaja menjaga nyawa dan keselamatan diri sendiri malahan pegawai atau kakitangan yang menggunakan kenderaan jabatan itu," katanya. Beliau berkata, Cuepacs akan mengadakan pertemuan dengan JPA pada 12 November ini dan isu kenaikan gred dan gaji pemandu merupakan antara perkara yang akan dibangkitkan.
Selain itu, katanya, beberapa perkara lagi yang akan dipanjangkan kepada JPA ialah berkaitan cadangan mengurangkan faedah pinjaman perumahan kakitangan awam daripada empat peratus kepada satu peratus dan tambahan cuti bersalin bagi kakitangan wanita daripada 60 hari kepada 84 hari serta cuti bersalin bergaji penuh sehingga anak ketujuh. Omar berkata, Cuepacs juga memohon pertimbangan kerajaan agar bantuan khas RM500 yang diumumkan semasa pembentangan bajet 2010 baru-baru ini bukan sekadar membabitkan gred 41 hingga 54 serta pesara wajib sahaja, malahan dipanjangkan juga kepada pesara pilihan dan mereka yang memilih bersara berikutan proses penswastaan. Dalam perkembangan lain, Omar berkata Cuepacs berharap dapat menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam masa terdekat untuk membincangkan isu pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam. Katanya, beliau telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan Ketua Setiausaha Negara dua malam lalu dan berhasrat membawa sendiri isu itu untuk perbincangan langsung dengan Perdana Menteri. "Kita mahu menyampaikan sendiri hasrat ini kepada Perdana Menteri dan hendak mendengar amanat dan mandat beliau kepada kakitangan awam," katanya. - Bernama