Sunday, October 4, 2009

MASIH RAMAI PENJAWAT AWAM YANG BELUM DAPAT KENAIKAN PANGKAT KUP (TIME-BASED)


Media CUEPACS
2/10/2009

Kuala Lumpur: Ucapan aluan presiden Cuepacs, Omar Osman memaklumkan semasa musim hari raya kemalangan yang berlaku hampir melibat 40% yang maut adalah penjawat awam. Peratus ini boleh dikatakan tinggi jika dibandingkan dari tahun-tahun yang lepas. Oleh itu diharap tahap kemalangan maut pada musim perayaan dapat dikurangkan. Aduan juga diterima bahawa masih ramai penjawat awam masih lagi belum menerima kenaikan pangkat time-based (KUP) di beberapa negeri. Cuepacs telah menerima aduan dari penjawat awam seluruh Malaysia. Selain itu Cuepacs akan mengadakan Jamuan Hari Raya pada 16 Oktober 2009 di Dewan Dr. Siti Hasmah Rumah Puspanita, Jalan Hose, Kuala Lumpur. Tetamu VIP yang akan datang adalah Perdana Menteri, Tim. Perdana Menteri, Menteri-Menteri, JPA dan Ketua-ketua Jabatan. Setiap Kesatuan gabungan Cuepacs akan menghantar 5-10 orang. Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Cuepacs telah diadakan pada 2 Oktober 2009 di Wisma Cuepacs Kuala Lumpur.



No comments: