Friday, October 16, 2009

HUBUNGAN INTIN KERAJAAN-PENJAWAT AWAM PENTING - NAJIB

Utusan Malaysia
14/10/2009 3:24pm





PUTRAJAYA 14 Okt. — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, hubungan intim antara sektor pentadbiran dan penjawat awam merupakan ramuan yang sangat penting bagi mewujudkan sebuah negara yang berjaya.
Berucap pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini, beliau berkata, sejarah negara telah membuktikan bahawa kejayaan yang dikecapi selama ini adalah hasil tautan erat kedua-dua pihak itu.
"Kalau kita imbas kembali sejarah negara, kita berjaya kerana mengekalkan hubungan intim antara satu sama lain,” katanya.
Najib berkata, sektor perkhidmatan awam selama ini sentiasa membantu menterjemahkan dasar kerajaan sekaligus menentukan setiap agenda kerajaan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
"Semoga hubungan istimewa ini dapat dipertahankan kerana lebih banyak cabaran harus dihadapi dengan segala kemampuan dan kekuatan yang kita ada,” katanya. - Bernama

No comments: