Monday, October 26, 2009

CUEPACS HARAP KERAJAAN TIMBANG BONUS BAGI PENJAWAT AWAM

Bernama
25/10/2009

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan menimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada penjawat awam seperti dicadangkannya sebelum ini bagi menghargai usaha mereka dalam membangunkan sektor awam negara.Presidennya Omar Osman berkata, memandangkan peruntukan untuk tujuan itu tidak diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pembentangan Bajet 2010 Jumaat lepas, kongres itu akan menghantar surat kepada Perdana Menteri bagi membincangkan semula isu itu."Kita akan menghantar surat kepada Perdana Menteri esok dan berharap dapat berjumpa dengan beliau secepat mungkin iaitu sekurang-kurangnya pada minggu depan dan berharap Perdana Menteri dapat mempertimbangkan semula permintaan kami ini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat tergempar Cuepacs yang dihadiri kira-kira 120 ahli di sini pada Ahad.Selain itu katanya, Cuepacs juga mahu kerajaan menimbangkan semula pemberian bantuan khas sebanyak RM500 yang diperuntukkan kepada penjawat awam dan pesara wajib, turut diberi kepada pesara pilihan dan pesara penswastaan."Kita turut akan membawakan isu ini kepada Perdana Menteri nanti kerana merasakan pesara pilihan dan pesara penswastaan layak menerima bantuan khas itu," katanya.Di samping itu, kata Omar, kongres akan turut membangkitkan isu 5,000 pekerja kontrak dan sambilan yang masih lagi tidak diserap menjadi pekerja tetap di sektor awam, dalam pertemuan dengan Perdana Menteri nanti.-- BERNAMA

BAYARAN KHAS RM500 BUKTI KERAJAAN PRIHATIN

Berita Harian
25/10/2009

KUALA LUMPUR: Cuepacs menyifatkan langkah kerajaan memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada kakitangan awam kumpulan gred 41 hingga 54 serta pesara wajib, membuktikan kerajaan sentiasa prihatin kepada penggerak sektor awam. Presidennya, Omar Osman berkata, walaupun dalam suasana ekonomi yang belum pulih sepenuhnya dan sumber pendapatan kerajaan juga merosot, tetapi kerajaan sanggup menyediakan peruntukan tambahan bagi pemberian bayaran khas itu kepada kakitangan awam dalam kumpulan berkenaan. Katanya, dengan pengumuman pemberian bayaran khas itu, kerajaan terpaksa membelanjakan peruntukan tambahan kira-kira RM400 juta yang membabitkan kira-kira 250,000 kakitangan awam gred 41 hingga 54.
Beliau berkata, sebenarnya Cuepacs dalam mesyuarat kongresnya pada 16 Oktober lalu telah memutuskan dan memohon supaya kerajaan memberi bonus dua bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada kakitangan awam tahun ini. “Walaupun harapan menikmati bonus dua bulan gaji atau minimum RM1,000 tidak kesampaian tahun ini, Cuepacs tetap berterima kasih kepada kerajaan yang sanggup memenuhi permintaan bayaran khas itu turut diberikan kepada kakitangan awam kumpulan pengurusan dan profesional (gred 41 hingga 54),” katanya. Omar bagaimanapun, berkata berikutan kerajaan tidak membuat pengumuman pemberian bonus seperti yang diminta, Cuepacs akan mengadakan mesyuarat khas tergempar untuk membincangkan isu berkenaan di Ibu Pejabat Cuepacs di sini, hari ini.

Sabtu, 2009 Oktober 24

YEAR - END BONUS WOULD HELP MANY, SAYS CUEPACS

The Star
24/10/2009

CUEPACS has expressed disappointment over the absence of any announcement of bonuses for civil servants in the 2010 Budget.
Many had been anticipating a year-end bonus as a follow-up to the RM500 special assistance given to support service staff prior to Hari Raya, said Cuepacs president Omar Osman.
He said civil servants, particularly those in the lower income group, had been facing difficult times and a bonus would have helped ease their burden especially because their children would be preparing to go back to school. “We are happy that a special contribution of RM500 is being extended to officers from Grades 41 to 54 but we feel a bonus is warranted since civil servants overall have shown great improvement in efficiency and performance,” he said.
Cuepacs announced last week that it had passed a resolution to call on the Government to pay the 1.2 million civil servants a two-month bonus this year as well as a similar incentive for 400,000 pensioners.
The Government said yesterday that the RM500 contribution to Grade 41 to Grade 54 civil servants as well as those who are on mandatory retirement will be paid in December. This will cost the Government an additional RM400mil.
To encourage computer ownership, civil servants will now be able to apply for loans of up to RM5,000 from the Government once every three years starting next year instead of once every five years before this.

CUEPACS DIMINTA KEKAL HUBUNGAN BAIK DENGAN KERAJAAN

Utusan Malaysia
24/10/2009

KUANTAN 23 Okt. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) perlu mengamalkan pendekatan saling hormat-menghormati dengan kerajaan bagi membolehkan pelbagai tuntutan yang diperjuangkan dapat diselesaikan.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, pendekatan konfrontasi atau bermusuhan dengan kerajaan bukan sahaja tidak mendatangkan faedah malah menimbulkan pelbagai masalah kepada kesatuan.
Beliau berkata, adalah mustahil untuk kerajaan memuaskan hati semua pihak termasuk pemberian bonus dan kenaikan gaji ketika ekonomi dunia berdepan dengan ketidaktentuan.
"Yang mustahak ialah kepimpinan CUEPACS terus menjalin hubungan baik dengan kerajaan di samping menasihatkan ahli-ahli supaya terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.
"Banyak masalah seperti tuntutan bonus dan kenaikan gaji yang diperjuangkan oleh kesatuan itu dapat diselesaikan jika hubungan harmoni dengan kerajaan dapat dikekalkan,'' katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika merasmikan Seminar Presiden-Presiden Kesatuan Gabungan CUEPACS di sebuah hotel di sini semalam.
Turut hadir Presiden CUEPACS, Omar Osman dan Pengerusi CUEPACS Pahang, Kamarozaman Abd. Razak.
Adnan menjelaskan, gaji yang benar-benar memuaskan hati semua pihak hanya akan dapat dinikmati apabila kedudukan kerajaan dan ekonomi negara kukuh.
"Oleh itu ahli-ahli CUEPACS perlu membantu kerajaan bagi memastikan ekonomi negara dalam keadaan baik,'' ujarnya.
Beliau turut meminta pemimpin kesatuan meningkatkan ilmu di kalangan ahli supaya mampu berfikir dan bertindak secara rasional serta reda menghadapi masalah.
Beliau juga meminta CUEPACS memberi peluang dan membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjayakan gagasan 1Malaysia yang memberi penekanan kepada perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum sebagai asas pembangunan dan kemajuan negara.
"Ini penting kerana tanpa perpaduan yang kukuh, segala rancangan pembangunan yang dibuat oleh kerajaan tidak akan dapat dilaksanakan,'' katanya.

Jumaat, 2009 Oktober 23

SABAH, SARAWAK SAMBUT BAIK BAJET 2010

Bernama
23/10/2009

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Pemimpin di Sabah dan Sarawak hari ini yakin Bajet 2010 yang dibentangkan Datuk Seri Najib Tun Razak akan membawa pengagihan yang adil kepada kedua-dua negeri itu di bawah gagasan 1Malaysia.Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menghargai keprihatinan Perdana Menteri terhadap masalah yang dihadapi di Sabah, khususnya gangguan bekalan elektrik.Najib memberi jaminan tempoh gangguan elektrik di Sabah akan dikurangkan kepada 700 minit pada tahun depan."Dengan meletakkan asas kepada modal ekonomi baru ini, semua penekanan secara khusus akan diberikan ke arah mencapai kesejahteraan rakyat dan merealisasikan pelaksanaan bidang-bidang keberhasilan utama negara (NKRA)," katanya.Di KUCHING, Menteri Pembangunan Tanah Sarawak Datuk Seri Dr James Masing menyambut baik penekanan yang diberi bagi pembangunan luar luar bandar di Sarawak dan Sabah."Perdana Menteri dalam pembentangan bajet itu berjanji begitu banyak kepada Sarawak dan Sabah dalam soal kemudahan awam dan jalan dan beliau sebenarnya mengotakan janjinya," katanya kepada Bernama."Ini menunjukkan kredibiliti Barisan Nasional pada pandangan rakyat Malaysia," katanya.Dr Masing, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Baleh berkata peruntukan RM1.5 bilion bagi projek-projek termasuk pembinaan jalan masuk ke empangan Murum di Kapit di bawah Koridor Tenaga Yang Boleh Diperbaharui Sarawak (SCORE) dan empangan Baram di Miri, akan menjana kegiatan ekonomi bagi penduduknya.Menteri Perumahan Negeri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata komitmen kerajaan pusat bagi membina lebih banyak rumah mampu milik Program Perumahan Rakyat (PPR) akan memastikan agihan seimbang bagi program perumahan di bandar-bandar utama di Sarawak."Komitmen bagi membina rumah mampu milik menunjukkan Perdana Menteri begitu prihatin dengan kebajikan kumpulan berpendapatan rendah dan diharap ia akan dapat dilaksanakan mengikut rancangan," katanya.Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Sumber Manusia dan Latihan) Datin Fatimah Abdullah memuji bajet itu yang memberi penekanan kepada pembangunan pendidikan di peringkat prasekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi."Sarawak berterima kasih kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan yang sentiasa mengambil berat dalam pembangunan modal insan yang menjadi tunjang utama negara untuk menjadi sebuah negara maju," katanya.Fatimah berkata dengan adanya peruntukan diharap blok kelas dan asrama di luar bandar dapat diperbaiki segera.Naib Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) William Ghani Bina pula gembira dengan bayaran khas RM500 untuk penjawat awam bagi Gred 41 hingga Gred 54 termasuk pesara wajib.-- BERNAMA

CUEPACS NASIHATKAN PENJAWAT AWAM TERUS TINGKATKAN PRESTASI

Bernama
23/10/2009

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman mengingatkan penjawat awam agar terus meningkatkan prestasi dan produktiviti mereka walaupun tiada pembayaran bonus diumumkan pada pembentangan bajet 2010 Jumaat.Beliau berkata penjawat awam tidak sepatutnya mengharapkan bonus sebagai penentu prestasi sehingga menjejaskan kerja mereka, tetapi sepatutnya melihat dari sudut positif tentang kemudahan dan kebajikan yang diperuntukkan kerajaan."Memanglah sebagai wakil pekerja ada rasa tidak puas hati dengan pembentangan (bajet) kali ini tapi soal bonus bukan menjadi satu landasan atau ukuran kepada prestasi kerja kami."Bukan semata-mata bonus yang dikejar, tapi yang lebih penting adalah perjuangan kebajikan penjawat awam itu sendiri," katanya ketika dihubungi Bernama.Berkenaan bayaran khas RM500 yang diberikan kepada semua penjawat awam Gred 41 hingga Gred 54 serta pesara wajib Osman berkata, bayaran itu diharapkan dapat ditambahkan lagi nilainya.Bayaran khas itu diumumkan semasa pembentangan bajet 2010 oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan pembayarannya akan dibuat Disember ini dan langkah itu memerlukan peruntukan tambahan RM400 juta.Omar berkata satu mesyuarat tergempar akan diadakan Ahad ini untuk membincangkan isu berhubung keputusan pembentangan bajet ini.Katanya dalam mesyuarat yang akan datang ini, para perwakilan Cuepacs akan membincangkan secara professional tentang keputusan bajet ini dengan memberi fokus tentang kesannya untuk jangka masa panjang."Kami akan bawa ia (hasil perbincangan) itu kepada Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan untuk mempertimbangkan semula harapan pemberian bonus dua bulan untuk penjawat awam," katanya.Omar menyifatkan bajet kali ini lebih memberi fokus kepada rakyat sejajar dengan konsep rakyat didahulukan.-- BERNAMA

CUEPACS ADVISES CIVIL SERVANTS TO CONTINUE IMPROVING PERFORMANCE

Bernama
3/10/2009

KUALA LUMPUR, Oct 23 (Bernama) -- Cuepacs president Omar Osman called on civil servants to continue to improve their performance and productivity although no bonus announcement was made when the 2010 Budget was tabled Friday.He said civil servants should not place to much hopes on bonuses as an indicator of performance to the point their work becomes affected and instead view positively the many facilties and benefits the government provides them."Obviously, we as government employees are not satisfied with the Budget this time but the bonus in not a measure of our performance."It (bonus) is not what we (Cuepacs) are chasing for, what is more important is the overall welfare of civil servants," he said when contacted by Bernama.On the special payment of RM500 for civil servants from Grade 41 till Grade 54 and those on mandatory retirement, Osman said Cuepacs hoped the amount could be reviewed upwards.Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak when tabling the budget announced that the payment would be made in December and that it required an additional allocation of RM400 jmillion.-- BERNAMA

SEMINAR PRESIDEN-PRESIDEN GABUNGAN CUEPACS ANJURAN CUEPACS -PEMBENTANGAN BENGKEL OLEH PESERTA

Media Cuepacs
23/10/2009
10.45am

Kuantan: Bengkel Presiden-Presiden Gabungan Cuepacs telah berjalan lancar pada hari kedua. 4 Kumpulan akan membentangkan mengenai time-based. Gambar aktiviti semasa pembentangan.

NAIK GRED KAKITANGAN HAMPIR PENCEN - CUEPACS

Utusan Malaysia
22/10/2009

KUANTAN 22 Okt. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mahu kakitangan awam yang hampir bersara diberi peluang kenaikan gred tanpa perlu lulus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).
Presidennya, Omar Osman berkata, mereka yang merupakan kakitangan senior perlu dinilai berdasarkan prestasi dan produktiviti sepanjang perkhidmatan.
''Mereka yang nak bersara lagi tiga tahun sudah agak susah nak menghadapi peperiksaan ini, bagilah pengecualian daripada lulus PTK, cukup dengan prestasi yang baik,'' katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Seminar Presiden-Presiden Kesatuan Gabungan CUEPACS di sebuah hotel di sini malam tadi.
Seminar tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Turut hadir, Pengerusi CUEPACS Pahang, Kamarozaman Abd. Razak.
Omar berkata, perkara tersebut telah dibawa kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk dipertimbangkan.
''Bilangan kakitangan terlibat tidak ramai dan kita berharap ia diluluskan supaya mereka dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih bersemangat,'' katanya.
Dalam perkembangan lain, Omar memberitahu, CUEPACS akan membincangkan cadangan semakan gred gaji semua kakitangan awam pada seminar kali ini.
Menurutnya, ia berikutan terdapat kira-kira 400,000 penjawat awam kebanyakannya kumpulan sokongan satu dan dua, sudah mencapai tangga gaji maksimum.
Beliau berkata, kebanyakan kakitangan awam terbabit masih mempunyai tempoh perkhidmatan yang panjang antara lima, enam dan 10 tahun lagi.
Katanya, kedudukan tangga 'gaji mati' itu sekiranya tidak ditangani akan menjejaskan perkhidmatan dan prestasi mereka yang mewakili kira-kira 45 peratus daripada kira-kira 1.2 juta kakitangan awam di negara ini.
''Mesti ada satu penambahbaikan di mana tangga gaji selaras dengan peningkatan umur persaraan,'' katanya.
Menurut Omar, peserta seminar akan memperincikan kertas cadangan semakan gred gaji itu pada sesi bengkel sebelum dikemukakan kepada kerajaan.
Beliau memberitahu, berdasarkan memorandum yang diserahkan kesatuan kepada kerajaan sebelum ini, gred gaji setiap kakitangan awam perlu disemak lima tahun sekali mengambil kira kos sara hidup semasa.

MOHON PENJAWAT AWAM HAMPIR BERSARA DIKECUALIKAN PTK

Utusan Malaysia
22/10/2009 11:42am

KUANTAN 22 Okt. — Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu penjawat awam yang hampir bersara diberi peluang kenaikan gred tanpa perlu lulus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

Presidennya, Omar Osman berkata, mereka sebaliknya perlu dinilai berdasarkan prestasi dan produktiviti sepanjang perkhidmatan.

"Mereka yang nak bersara lagi tiga tahun sudah agak susah nak menghadapi peperiksaan ini, bagilah pengecualian dari lulus PTK, cukup dengan prestasi yang baik,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Seminar Presiden-presiden Kesatuan Gabungan Cuepacs di sini.

Seminar itu dirasmikan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob.

Beliau berkata, perkara itu telah dibawa ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk dipertimbangkan.

BERI PELUANG KEPADA KONTRAKTOR BUMIPUTERA

Utusan Malaysia
23/10/2009

KUALA LUMPUR 21 Okt. - Dewan Perniagaan Melayu Kuala Lumpur berharap pembentangan Bajet 2010 pada Jumaat ini dapat memberi ruang yang lebih besar kepada golongan kontraktor dan pengusaha bumiputera menjana perniagaan mereka.

Presidennya, Datuk Syed Amin Al Jeffri berkata, perbelanjaan yang dirangka oleh kerajaan itu nanti mampu memberi rangsangan kepada ekonomi terutama melalui kontrak-kontrak yang bakal dimanfaatkan oleh golongan berkenaan.

''Kita juga berharap kerajaan dapat mengurangkan penyelarasan cukai perniagaan yang dikenakan ke atas individu.

''Selama ini, ia boleh menjangkau sehingga 27 peratus maksimum, berbanding purata cukai yang dikenakan ke atas syarikat iaitu 25 peratus," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai harapan pihaknya berhubung perancangan Bajet 2010 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Jumaat ini.

Dalam pada itu, beliau berpendapat, pembentangan Bajet 2010 itu juga perlu selari dengan pakej-pakej rangsangan ekonomi yang telah disuntik kerajaan sebelum ini.

Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yakin bajet yang akan diumumkan nanti dapat menjadi landasan ke arah perkembangan yang lebih baik ke atas ekonomi negara.

''Jika itu berlaku, ia sekali gus meningkatkan produktiviti tenaga kerja di sektor awam selaras dengan konsep 1Malaysia,'' kata Presidennya, Omar Osman.

CUEPACS MOHON PENJAWAT AWAM HAMPIR BERSARA DIKECUALIKAN PTK

Bernama
23/10/2009

KUANTAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu penjawat awam yang hampir bersara diberi peluang kenaikan gred tanpa perlu lulus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Presidennya, Omar Osman, berkata mereka sebaliknya perlu dinilai berdasarkan prestasi dan produktiviti sepanjang perkhidmatan. "Mereka yang nak bersara lagi tiga tahun sudah agak susah nak menghadapi peperiksaan ini, bagilah pengecualian dari lulus PTK, cukup dengan prestasi yang baik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Seminar Presiden-Presiden Kesatuan Gabungan Cuepacs di sini, malam tadi.Seminar itu dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Beliau berkata perkara itu telah dibawa ke Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk dipertimbangkan. Sementara itu, Omar berkata Cuepacs akan memperkemaskan terlebih dahulu kertas cadangan untuk menaikkan tangga gaji mati penjawat awam sebelum diserahkan kepada kerajaan.
Beliau berkata dokumen mengenai tuntutan itu telah siap dan akan dibentang kepada pemimpin-pemimpin kesatuan gabungan Cuepacs melalui seminar tiga hari bermula semalam itu untuk dimuktamadkan. Omar berkata kenaikan tangga gaji mati itu penting dalam usaha membantu kira-kira 45 peratus daripada 1.2 juta penjawat awam di negara ini yang kini mencecah tangga gaji mati. "Ada yang tangga gaji mati awal, dan mereka masih mempunyai tempoh berkhidmat lagi 10 tahun, 15 tahun, ini sudah pasti akan menjejaskan prestasi dan produktiviti," katanya. - Bernama

BERI PELUANG NAIK GRED TANPA UJIAN PTK

Berita Harian
Oleh Irwan Shafrizan Ismail
bhnews@bharian.com.my
22/10/2009

KUANTAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu kerajaan memberi peluang kenaikan gred kepada kira-kira 200,000 penjawat awam yang akan bersara dalam tempoh tiga tahun tanpa perlu lulus peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK). Presidennya, Omar Osman, berkata mereka yang hampir bersara itu sebaliknya perlu dinilai berdasarkan prestasi dan produktiviti sepanjang perkhidmatan. Beliau berkata, kajian mengenai perkara terbabit sudah dihantar kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan kini dalam pertimbangan pihak berkenaan."Penjawat awam yang berbaki tiga tahun tempoh berkhidmat memang tidak mahu mengambil PTK, jadi kita minta kerajaan berilah pengecualian kepada mereka, naikkan gred mereka berdasarkan prestasi kerja. "Melalui kajian yang diberikan kepada JPA, kita minta 200,000 ini dinaikkan gred mereka berdasarkan prestasi kerja tiga tahun sebelumnya, bermakna jika ada kakitangan yang akan bersara tiga tahun lagi, kenaikan gred mereka akan dinilai melalui prestasi kerja pada 2006 hingga 2009. "Ini juga satu cara untuk elakkan prestasi kerja mereka terganggu, dengan kenaikan gred ia sedikit sebanyak menyuntik semangat penjawat awam untuk terus mengekalkan prestasi kerja yang membanggakan sehingga tamat tempoh perkhidmatan mereka," katanya pada sidang media selepas menghadiri perasmian Seminar Presiden-Presiden Kesatuan Gabungan Cuepacs di sini, malam kelmarin.
Seminar dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Omar berkata, pihaknya menjangkakan perkara terbabit akan diputuskan JPA menjelang hujung tahun ini. "Lebih cepat lebih baik, kerana kita tidak mahu masa penjawat awam ini terus dibazirkan hanya untuk menduduki PTK," katanya.
Saudara Timbalan Presiden II Cuepacs menerima cendermata
Setiusaha Agung Cuepacs Hadir Semasa Pembentangan

No comments: