Thursday, October 29, 2009

CUEPACS MAHU SISTEM PEMEROLEHAN DAN AUDIT KERAJAAN DIBAIKI

Bernama

28/10/2009


KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kerajaan perlu mengambil langkah segera bagi membaikpulih sistem pemerolehan dan pengauditan bagi mengurangkan kerugian akibat penyelewengan, kata Setiausaha Agung CUEPACS Ahmad Shah Mohd Zin pada selasa.Sebagai langkah pertama, pengauditan itu perlu dijalankan enam bulan sekali supaya penyelewengan itu dapat dikenalpasti lebih awal dan tindakan pemulihan dapat diambil segera, katanya mengulas laporan penyelewengan dan ketaksekataan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2008 yang dikeluarkan minggu lepas."Apa yang berlaku sekarang ialah laporan itu kebiasaannya lewat dan pada masa ia disiarkan untuk pengetahun umum, para pegawai bertanggungjawab sama ada sudah dipindahkan atau bersara dan ia menjadi lebih sukar untuk bertindak ke atas mereka yang melakukan kesalahan," katanya kepada Bernama.Katanya pengauditan sedemikian boleh dilakukan dengan pantas melalui penggunaan komputer secara meluas kini dalam perkhidmatan kerajaan manakala prosedur pemerolehan diperketatkan lagi dan cadangan pembelian juga perlu dibuat pada peringkat jawatankuasa kerja jabatan suupaya ia menjadi lebih telus, katanya."Ia perlu dijadikan mandatori bagi pegawai yang bertanggungjawab untuk meninjau harga terbaik sebelum membuat tempahan, kata Ahmad Shah.Kerajaan dilaporkan kerugian kira-kira RM28 bilion tahun lepas berikutan pelbagai penyelewengan oleh penjawat awam dalam pemerolehan barangan dan khidmat untuk kerajaan.CUEPACS juga menyokong tindakan diambil bukan sahaja terhadap penjawat awam yang menyeleweng tetapi juga ke atas pembekal dan penyedia perkhidmatan yang bersubahat."Apapun, bertepuk hanya boleh dilakukan menggunakan dua belah tangan," katanya.Beliau mencadangkan supaya kerajaan menyenarai hitam peniaga yang mengenakan caj keterlaluan bagi harga barangan dan perkhidmatan.Ahmad Shah berkata penyelewengan dilakukan oleh "sekumpulan kecil pegawai yang menyeleweng" dan majoriti penjawat awam adalah "jujur dan rajin bekerja".Beliau berkata CUEPACS sebagai payung pertubuhan bagi penjawat awam tidak akan melindungi "mereka yang bersalah" dan akan sentiasa mempertahankan mereka yang tidak bersalah.Beliau menyokong usaha untuk menghukum para pegawai yang menyeleweng dan memaksa mereka membayar bagi harga yang berlebihan.Beliau berharap para pegawai yang menyeleweng tidak akan mengulangi kesilapan mereka agar tidak mencemarkan nama baik perkhidmatan awam.Perkhidmatan awam Malaysia dianggap salah satu yang terbaik di rantau ini dan setiap penjawat awam perlu berbangga dengannya, katanya.Sementara itu, Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Shamsuddin berkata kerajaan boleh memperkenalkan "Audit khas" di bidang-bidang yang kerap berlaku penyelewengan.Beliau bersetuju dengan cadangan CUEPACS untuk merombak sistem pemerolehan dan menghadkan bidang kuasa para pegawai yang mempunyai kuasa meluluskan.Katanya keseluruhan proses pemerolehan di sektor swasta "adalah ketat" dan syarikat-syarikat berusaha "menambah nilai ringgit sehingga maksimum apabila membuat pembelian"."Sistem pemerolehan kami yang sedemikian rupa sehingga sebarang penyelewengan dengan mudah dapat dikesan dalam tempoh sebulan dan mereka yang bersalah dibawa ke muka pengadilan. Adalah biasa bagi mereka yang melakukan kesalahan yang serius melibatkan sejumlah besar wang dipecat serta merta.Bagaimanapun, dalam perkhidmatan awam pemecatan sedemikian jarang sekali berlaku," katanya.-- BERNAMA

No comments: