Friday, December 17, 2010

STATUS KONTRAK PRESIDEN CUEPACS JADI TANDA TANYA, SAINGAN SATU LAWAN SATU

The Malaysia Insider
Oleh G. Manimaran
December 16, 2010

KUALA LUMPUR, 16 Dis — Jawatan presiden Cuepacs sah menyaksikan persaingan satu lawan satu di sebalik tanda tanya di kalangan kesatuan gabungannya, yang mempersoalkan status ketua mereka yang baru-baru ini disambung semula kontrak sebagai penjawat awam.
Penyandang jawatan, Omar Osman akan dicabar oleh Ramli Omar, yang mengharapkan kejayaan selepas tiga kali pernah bertanding kerusi itu tetapi tewas.
Sekretariat Cuepacs hanya menerima pengesahan daripada dua calon untuk bersaing jawatan nombor satu itu, setakat petang semalam — tempoh akhir untuk mengesahkan pencalonan yang dibuat oleh kesatuan gabungan bulan lalu.
Pemilihan akan diadakan Rabu depan.
Omar disambung kontrak perkhidmatannya September lalu tetapi sehingga kini masih belum diketahui berapa lama perkhidmatan beliau telah disambung, tetapi menerima pencalonan terbanyak untuk mempertahankan jawatannya.
Beliau merupakan kakitangan am Universiti Putra Malaysia.
Beberapa kesatuan yang menghubungi The Malaysian Insider menimbulkan isu ketiadaan maklumat yang jelas tentang pendirian beliau yang mahu bertanding dengan kontraknya disambung.
“Beliau seharusnya memaklumkan kepada ahli-ahli Cuepacs berapa lama kontrak telah disambung agar memudahkan kami membuat keputusan... sehingga kini kami tidak tahu, sebagai pemimpin beliau harus memberitahu kami,” kata seorang pemimpin kesatuan gabungan.
Malah The Malaysian Insider juga difahamkan ada usaha meminta agar beliau tidak mempertahankan jawatan presiden, sebaliknya memberi laluan kepada pemimpin lain.
“Saya difahamkan mesej sudah disampaikan kepada Omar agar tidak mempertahankan jawatan, dan saya difahamkan akan ada usaha menemui beliau selepas ini, yang akan diusahakan oleh pihak-pihak tertentu,” kata Ramli kepada The Malaysian Insider.
“Saya pun merasakan beliau (Omar) wajar melepaskan jawatan pada waktu ini di mana beliau berada dalam punck prestasi dan sumbangan beliau, orang akan mengingati beliau.
“Saya serahkan kepada beliau,” kata Ramli lagi.
Bagaimanapun Omar tidak memberi respons kepada usaha mendapatkan maklum balas mengenai isu itu.
Panggilan demi pangilan dan pesanan SMS The Malaysian Insider tidak dibalas sehingga pagi ini.
Ramli dari Kesatuan Pekerja-pekerja Mardi ketika ditemui lewat malam tadi juga berkata, pihaknya telah membentuk barisan calon terakhir dalam satu pertemuan di sini semalam.
“Saya yakin barisan yang kami membentuk ini adalah gandingan yang terbaik dan mantap bagi menawarkan satu kepimpinan berkualiti kepada Cuepacs bagi tempoh kepimpinan 2010-2013 dan seterusnya.
“Gandingan kami terdiri daripada wakil semua kesatuan gabungan dan seluruh negara. Saya melihat ini (barisan) pilihan calon terbaik,” kata Ramli.
Ramli berganding dengan Ahmad Shah Mohd Zin yang akan mempertahankan jawatan setiausaha agung buat penggal ketiga.
Jawatan setiausaha agung menyaksikan persaingan tiga penjuru. Dua calon lain ialah Lok Yim Pheng dan Ku Azmi Ku Ibrahim.
The Malaysian Insider difahamkan salah seorang daripada mereka akan disertakan dalam barisan calon Omar bagi jawatan setiausaha agung.
Lok, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan juga dicalonkan bertanding jawatan timbalan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), yang pemilihannya akan diadakan seminggu selepas pemilihan Cuepacs.
Bagi jawatan timbalan presiden, Ramli memberitahu, pihaknya akan meletakkan Husain Mohd Yasin dan Mat Ali Omar manakala Adnan Mat, Kang Beng Leng dan Mohamad Baharom diturunkan sebagai calon kerusi timbalan setiausaha agung.
Husain merupakan salah seorang daripada dua timbalan presiden semasa. Seorang lagi ialah Azih Muda.
Azih disebut-sebut berada dalam pasukan Omar.
Selain Husain, Mat Ali dan Azih, dua calon jawatan timbalan presiden ialah Ibrahim Ahmad dan Zainal Ismail.
Calon-calon lain jawatan timbalan setiausaha agung pula terdiri daripada Mazlan Shaari dan Abdul Rahman Nordin.
Jawatan setiausaha kewangan menyaksikan persaingan satu lawan satu dengan Samuel Devadasan, yang merupakan penyandang, dicabar oleh Timbalannya Ja’apar Mansor.
Persidangan Tiga Tahun Sekali Cuepacs akan berlangsung pada 21 dan 22 Disember dengan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Pemilihan diadakan pada hari kedua persidangan.

Posted by CUEPACS at 00:19 1 comments
if (window['tickAboveFold']) {window['tickAboveFold'](document.getElementById("latency-3869250536844171309")); }

CUEPACS: SU AGUNG GESA NUTP JANGAN GUNA TAKTIK KOTOR
The Malaysia InsiderOleh G Manimaran13 Disember 2010KUALA LUMPUR, 13 Dis — Setiausaha Agung Cuepacs Ahmad Shah Mohd Zin mendakwa Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), antara gabungan terbesar badan induk itu, cuba melakukan serangan peribadi dengan melabel kepimpinannya memperlihatkan “banyak masalah” sehingga perlu dicabar.
“Saya menganggap bahawa kenyataan presiden NUTP tempoh hari tidak profesional, tidak ikhlas, seolah-olah ada agenda tersusun hendak memburuk-burukan saya... saya lihat ia sebagai serangan peribadi, ada niat buruk di pihak NUTP,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
Kata beliau, dakwaan Hashim Adnan, presiden NUTP, tidak sewajarnya dibangkitkan memandangkan setiap perkara diputuskan oleh Cuepacs ada pendirian bersama dan dicari penyelesaian secara kolektif selama ini.
“Jadi mengapa baru sekarang hendak mengatakan kepimpinan saya bermasalah sedangkan NUTP boleh membangkitkan kalau ada isu, kalau hendak menegur ketika mesyuarat majlis dan jawatankuasa. Mengapa sekarang?” katanya lagi.
Ahmad Shah yang memutuskan untuk mempertahankan kedudukannya berkata, kepimpinan NUTP berada dalam majlis kongres dan jawatankuasa kepimpinan Cuepacs, yang secara tidak langsung membolehkan mana-mana pihak membangkitkan jika ada masalah dalam kepimpinan.
“Mengapa mahu membangkitkan sekarang, ketika menjelang pemilihan,” kata Ahmad Shah lagi.
“Saya berpendapat bahawa dia (presiden NUTP) menyokong calon dia sehingga memburuk-burukkan setiausaha agung sedia ada iaitu diri saya.
“Sebenarnya ada cara lain untuk mempromosikan mana-mana calon termasuk wakil kesatuan mereka, tetapi jangan sampai memandang rendah peranan dan tanggungjawab setiausaha agung... ini, bagi saya satu taktik kotor dibawa oleh NTUP,” katanya lagi.
Ketika dihubungi The Malaysia Insider baru-baru ini, Hashim berkata NUTP memutuskan untuk meletakkan calonnya merebut jawatan setiausaha agung Cuepacs atas alasan penyandangnya “banyak masalah” dan mahu mengembalikan integriti badan induk itu.
NUTP mencalonkan Lok Yim Pheng merebut jawatan setiausaha agung yang kini disandang oleh Ahmad Shah.
“Kami memutuskan untuk meletakkan calon NUTP bertanding jawatan setiausaha agung dengan harapan mahu membawa perubahan dalam Cuepacs. Kami tidak mahu Cuepacs ada kepimpinan yang lemah dan tiada integriti,” kata Hashim.
Lok juga kini merupakan setiausaha agung NUTP. Beliau juga telah dicalonkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
Ini bukan kali pertama NUTP, kesatuan gabungan terbesar dan antara kesatuan yang mempunyai undi terbanyak dalam persidangan perwakilan Cuepacs, menghantar pemimpinnya bertanding jawatan tertinggi dalam kongres itu.
Sebelum ini, Datuk N. Siva Subramaniam pernah menjadi setiausaha agung dan kemudian sebagai presiden Cuepacs.
Sambil menekankan jawatan setiausaha agung adalah kedudukan penting, Hashim yang merupakan salah seorang naib presiden Cuepacs berkata, “dengan meletakkan calon baru, harapan kami Cuepacs akan mendapat pemimpin baru, yang lebih mantap.”
Hashim berkata, pihaknya meletakkan calon mereka dengan harapan dapat menukar setiausaha agung yang menurutnya mempunyai banyak “masalah” dalam menguruskan kongres itu.
Bagaimanapun beliau enggan menghuraikan masalah yang dimaksudkan.
Pemilihan Cuepacs akan berlangsung 22 Disember sempena persidangan perwakilan dua hari yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Posted by CUEPACS at 00:14 0 comments
if (window['tickAboveFold']) {window['tickAboveFold'](document.getElementById("latency-5432196420554834590")); }

CUEPACS: NUTP CABAR SU AGUNG DIDAKWA 'BERMASALAH'
The Malaysia InsiderOleh G. ManimaranDecember 08, 2010KUALA LUMPUR, 8 Dis — Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) memutuskan untuk meletakkan calonnya merebut jawatan setiausaha agung Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) atas alasan penyandangnya “banyak masalah” dan mahu mengembalikan integriti badan induk itu.NUTP mencalonkan Lok Yim Pheng merebut jawatan setiausaha agung yang kini disandang oleh Ahmad Shah Mohd Zin.Lok juga kini merupakan setiausaha agung NUTP.Beliau juga telah dicalonkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).Ini bukan kali pertama NUTP, kesatuan gabungan terbesar dan antara kesatuan yang mempunyai undi terbanyak dalam persidangan perwakilan Cuepacs, menghantar pemimpinnya bertanding jawatan tertinggi dalam kongres itu.Sebelum ini, Datuk N. Siva Subramaniam pernah menjadi setiausaha agung dan kemudian sebagai presiden Cuepacs.“Kami memutuskan untuk meletakkan calon NUTP bertanding jawatan setiausaha agung dengan harapan mahu membawa perubahan dalam Cuepacs. Kami tidak mahu Cuepacs ada kepimpinan yang lemah dan tiada integriti,” kata Presiden NUTP Hashim Adnan kepada The Malaysian Insider.Sambil menekankan jawatan setiausaha agung adalah kedudukan penting, Hashim yang merupakan salah seorang naib presiden Cuepacs berkata, “dengan meletakkan calon baru, harapan kami Cuepacs akan mendapat pemimpin baru, yang lebih mantap.”Hashim berkata, pihaknya meletakkan calon mereka dengan harapan dapat menukar setiausaha agung yang menurutnya mempunyai banyak “masalah” dalam menguruskan kongres itu.Bagaimanapun beliau enggan menghuraikan masalah yang dimaksudkan.“Sebab itu kami memutuskan untuk mencabar Ahmad Shah bagi jawatan setiausaha agung,” kata Hashim lagi.“Cuepacs perlu ada satu pasukan yang kuat, jadi kami hendak membetulkan keadaan dalam Cuepacs,” kata beliau yang mengakui pihaknya masih mahukan Omar Osman kekal sebagai presiden.Dalam pertemuan dengan The Malaysian Insider minggu lalu, Ahmad Shah menggesa Omar berundur untuk memberi laluan kepada orang lain menyandang jawatan itu.Omar masih belum mengesahkan sama ada akan bertanding atau tidak tetapi dipercayai akan dicabar oleh Ramli Omar.Kontrak perkhidmatan Omar, 58, disambung lagi sejak September lalu, tetapi tidak diketahui berapa lama.“Kami penyokong pencalonan Omar bertanding lagi jawatan presiden,” kata Hashim.Lok yang dihubungi enggan mengulas mengenai pencalonannya sehingga beliau dapat mengesahkan penerimaan pencalonan, yang tarikh akhirnya 15 Disember ini.“Saya akan ulas selepas saya sahkan pencalonan, saya belum menerima notis (pengesahan penerimaan pencalonan lagi),” katanya.Pemilihan Cuepacs akan berlangsung 22 Disember sempena persidangan perwakilan dua hari yang akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Posted by CUEPACS at 00:10 0 comments

No comments: