KOTA BHARU - Menaikkan gaji sejuta kakitangan awam di negara ini menjadi antara elemen utama bagi menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB) kata Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussein. Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan hasrat MEB untuk menjadikan pendapatan rakyat di negara ini daripada golongan berpendapatan sederhana kepada rakyat yang berpendapatan tinggi. “Langkah ini pernah dilaksanakan di Singapura beberapa tahun dahulu yang bertujuan untuk meningkatkan produktiviti sektor awam sekali gus menjamin pelaksanaan pembangunan yang cemerlang. “Singapura telah menetapkan pendapatan gaji sektor awam yang tinggi dan selesa sehingga mereka berjaya meningkatkan prestasi ekonomi melalui meningkatkan motivasi pekerja. Maka penjawat awam di negara tidak boleh diabaikan,” katanya ketika berucap merasmikan penutup mesyuarat agung tiga tahunan kesatuan perkhidmatan teknik semenanjung Malaysia Cawangan Kelantan, di sini, semalam. Awang Adek berkata, kerajaan akan mengambil langkah tertentu bagi memastikan gaji para pekerja dinaikkan selaras dengan matlamat Model Ekonomi Baru (MEB) untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. Beliau berkata, 80 peratus rakyat di negara ini berpendapatan RM3,000 ke bawah sebulan atau dolar US$7,000 setahun. “Menjadi hasrat kerajaan untuk meningkatkan pendapatan rakyat negara ini kepada US$15,000 hingga US$20,000 setahun,” katanya. Beliau secara purata kini 80 peratus rakyat di negara ini memperoleh RM21,000 setahun dan dengan pelaksanaan MEB itu, kerajaan berhasrat untuk meningkatkan pendapatan rakyatnya kepada RM45,000 setahun.
Adalah diharapkan dengan adanya blog ini dapat sedikit sebanyak menyebarkan maklumat aktiviti-aktiviti pergerakan kesatuan sekerja khasnya Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia terutamanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Harapan saya dapat kiranya saudara-saudari memberikan pandangan dalam menambahbaik lagi laman blog ini.
Terima Kasih
" Berkhidmat Dengan Jujur dan Progresif " " Kesatuan Kita Tanggungjawab Kita "
KESATUAN PEGAWAI KASTAM SEMENANJUNG MALAYSIA ( KPKSM )
Nama Kesatuan yang pertama ialah "CUSTOMS SUBORDINATE UNION OF MALAYA" dan telah didaftarkan pada tahun 1946 dengan Nombor Pendaftarannya 20. Pada tahun 1960, Nombor Daftar Kesatuan telah dipinda oleh Pejabat Pendaftar Kesatuan Sekerja kepada Nombor 186 dan kekal sehingga ke hari ini.
Pada tahun 1948, nama Kesatuan telah dipinda kepada "ASIAN CUSTOMS SERVICES UNION OF MALAYA". Ini bermakna Pegawai-Pegawai Asia sahaja yang dibenarkan menjadi ahli Kesatuan. Setelah Negara mencapai kemerdekaan, nama Kesatuan telah dipinda sekali lagi dengan menggugurkan perkataan "ASIAN".
Pada 05 Julai 1976, nama Kesatuan telah dipinda kepada "KESATUAN PEGAWAI-PEGAWAI KASTAM SEMENANJUNG MALAYSIA" tetapi nama tersebut dipinda kepada "KESATUAN PEGAWAI KASTAM SEMENANJUNG MALAYSIA" pada tahun 2008 dan nama tersebut masih digunakan sehingga hari ini.
WAWASAN KPKSM
MENINGKATKAN PEMBANGUNAN DIRI DAN KERJAYA KE ARAH KECEMERLANGAN PROFESIONALISME MISI
MEMARTABATKAN KPKSM KE TAHAP YANG DINAMIK, PROGRESIF & DISAYANGI MATLAMAT / OBJEKTIF
MENGUBAH MINDA / ANJAKAN PARADIGMA DI ALAF BARU
MEMPROFESIONALISMAKAN PENGURUSAN KESATUAN
MEMAPANKAN KEWANGAN KESATUAN
PRIHATIN TERHADAP KEBAJIKAN AHLI & HUBUNGANNYA
MENGHAPUSKAN HUBUNGAN STIGMA NEGATIF AHLI TERHADAP KESATUAN
MENJALINKAN HUBUNGAN AKRAB DENGAN PENGURUSAN JABATAN DIPELBAGAI PERINGKAT
MENERIMA DENGAN IKHLAS PENGIKTIRAFAN SEBAGAI RAKAN KONGSI BIJAK & “PARTICIPATIVE MANAGEMENT” OLEH KERAJAAN / JABATAN
STRATEGI
KETELUSAN DI DALAM SEMUA URUSAN
CEPAT BERTINDAK DAN MENEPATI SASARAN
MEMAKSIMAKAN KEAHLIAN
MENGWUJUDKAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN ( R & D )
LATIH TUBI
PELBAGAIAN AKTIVITI
Kunjung Hormat Presiden CUEPACS ke Pejabat Pengarah Kastam WPKL
Pasukan Membaca Ikar Hari Pekerja Sektor Awam 2009
Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia [KPKSM]
KASTAM DIRAJA MALAYSIA [KDRM]
CUEPACS
Koperasi Kastam
PERBEKAS
Persatuan Bekas Kastam Malaysia
Koperasi Warga Wawasan
Pautan (boleh juga dicapai dengan klik logo diatas)
Kunjung Hormat Pegawai Utama CUEPACS kepada TYT Sabah, Tun Ahmadshah bin Abdullah di Istana Negeri
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Bersama Ketua Setiausaha Negara dan Mantan KSN
Dari kiri Tan Sri Samsuddin Osman, Tan Sri Sidek Mohd Hassan
FAEDAH KEBAJIKAN
Pihak Kesatuan mengenakan Yuran Ahli pada kadar RM6.00 sebulan. Agihan Yuran berkenaan adalah seperti berikut :-
Tabung Umum
: RM2.50
Tabung Kebajikan
: RM2.50
Tabung Bangunan
: RM1.00
----------
Jumlah
: RM6.00
======
Kumpulan Wang Kebajikan yang diperuntukkan sebanyak RM 2.50 seorang sebulan mengikut [ peraturan 4.1 ( b )], Peraturan dan Perlembagaan Kesatuan adalah digunakan bagi tujuan-tujuan berikut: :-
1
Faedah Kematian Ahli
- RM 600.00
2
Faedah Waktu Sakit
- RM 50.00 seminggu atau
[ Dimasukkan Ke Wad Hospital / Swasta ]
sebahagian
3
Faedah Persaraan
- RM 500.00
[ Secara Pilihan / Wajib ]
4
Faedah Pertukaran
- 0.31 n sekilometer
- Maksima RM300.00
5
Biasiswa Pinjaman
- Dimansuhkan Di Dalam Persidangan Perwakilan Dwi-Tahunan Ke XIV Di Melaka
Kelayakan untuk mendapatkan faedah-faedah di atas mestilah telah menjadi Ahli Kesatuan dengan tidak putus-putus selama satu [ 1 ] tahun kecuali untuk Faedah Kematian [ Peraturan 34.3 ( b ) ]. Di samping faedah-faedah yang diberikan melalui Tabung Kebajikan yang ditubuhkan mengikut Peraturan 4.1 ( c ), Kesatuan juga memberi sumbangan kepada Pegawai-Pegawai / AJK Kesatuan yang mengziarahi ahli-ahli yang menjalani rawatan di Hospital sebagai buah tangan sebanyak RM 50.00 seorang untuk sekali dalam setahun.
Majlis Jawatankuasa Tertinggi juga memperuntukkan sumbangan dan Faedah Kebajikan untuk ahlinya dan keluarga daripada peruntukan majalah “ PERJUANGAN ”. Peruntukan – peruntukan Kebajikan ini wujud hasil kerjasama di antara Kesatuan dengan Syarikat Konsortium yang membantu Kesatuan mengendalikan projek ini. Antara Faedah Kebajikan yang diperuntukkan adalah seperti berikut :-
i. Skim Galakan Pelajaran
UPSR : RM 100.00 (4A)
PMR : RM 150.00 (7A)
SPM : RM 200.00 (7A)
STPM : RM 250.00 (4P)B
STAM : RM 250.00 ( 7A )
Nota: Semua Tuntutan Hendaklah Dihantar Pada Atau Sebelum 31 Julai Tahun Berkenaan
No comments:
Post a Comment