Friday, June 21, 2013

KR1M perkukuh dana KPA1M, manfaat kepada ahli


 


Hasan Malik menyerahkan replika kunci sebagai simbolik penyerahan Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) Presint 16 kepada Omar Osman (depan, tiga dari kiri) sambil disaksikan oleh Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings, Datuk Ameer Ali Mydin (tiga dari kanan) di Putrajaya, semalam. - BERNAMA
PUTRAJAYA 19 Jun - Penyerahan dua buah Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) untuk diuruskan sepenuhnya oleh Koperasi Penjawat Awam 1Malaysia (KPA1M) dilihat mampu memberi manfaat besar kepada ahli koperasi tersebut.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malik berkata, kedai itu bukan sahaja dapat mengukuhkan lagi dana koperasi itu tetapi juga memberi peluang kepada penjawat awam dan orang ramai membeli barangan keperluan pada harga murah.
"Penyerahan KR1M di Presint 16 merupakan yang kedua selepas KR1M Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur kepada KPA1M yang ditubuhkan oleh Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
"Saya difahamkan kedua-dua kedai terbabit telah menjana pendapatan antara RM10,000 hingga RM12,000 sehari sejak ia diserahkan kepada KPA1M awal bulan lalu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan KR1M kepada KPA1M di sini hari ini yang turut dihadiri Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman.
Sehubungan itu, Hasan berkata, sokongan penjawat awam amat penting agar usaha murni CUEPACS itu dapat diteruskan dengan pembukaan tiga lagi outlet KR1M.
"Pada sambutan Hari Pekerja 2012, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan lima buah KR1M akan diserahkan kepada koperasi.
"Tiga lagi lokasi KR1M itu akan ditentukan berdasarkan permintaan ahli koperasi dan penjawat awam," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130620/dn_21/KR1M-perkukuh-dana-KPA1M,-manfaat-kepada-ahli#ixzz2WnoYih8W
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments: