Thursday, August 16, 2012


            KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM
            CONGRESS OF UNIONS OF EMPLOYEES IN THE PUBLIC AND CIVIL SERVICE
(No. Pendaftaran 195)
BAHAGIAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR




  Semua Setiausaha Agung
  Kesatuan Gabungan CUEPACS
Semua Pengerusi / Setiausaha
CUEPACS Bahagian

Setiausaha Pihak Pekerja
MBK Pengurusan/ Profesional
MBK Sains Teknologi & MBK Am / Sokongan


Saudara / Saudari,

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI TAHUN 2012 / 1433H

Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa CUEPACS WPKL telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Sambutan hari Hari Raya Aidil Fitri 1433H. Butiran lengkap adalah seperti berikut :

           2.1 Tarikh                       : 07 September 2012
2.2 Hari / Masa             : Jumaat / 8.00 malam
2.3 Tempat                      :  Dewan Wawasan
                                               Tingkat 4 Tower 1, Menara PGRM
                                                Shamelin, Pudu Ulu Kuala Lumpur

3. Sehubungan itu, kerjasama semua Kesatuan Gabungan CUEPACS , MBK dan Bahagian – Bahagian CUEPACS amatlah diharapkan bagi memeriahkan majlis tersebut. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 600.00 bagi satu meja ( 10 orang ) atau RM 60.00 seorang. Kesatuan Gabungan CUEPACS, MBK dan Bahagian- Bahagian CUEPACS adalah digalakkan membeli seberapa banyak meja bagi menjayakan majlis tersebut . Pembayaran hendaklah atas nama CUEPACS WPKL.


  1. Bagi membolehkan pihak Urus Setia CUEPACS WPKL membuat persiapan yang terancang dan teratur, maka senarai bayaran penyertaan hendaklah dikemukakan kepada Urus Setia CUEPACS WPKL tidak lewat 03 September 2012. Sila kembalikan borang tempahan kepada pejabat CUEPACS atau kepada Setiausaha CUEPACS WPKL

5. Kerjasama dan Keperihatinan saudara/ saudari dalam menjayakan majlis yang amat bermakna untuk kita semua .

Sekian, terima kasih.


INTEGRITI KUNCI PEMBANGUNAN NEGARA ” “CUEPACS KITA TANGGUNG JAWAB KITA ”


Yang menjalankan tugas,




( NORIAH BT. HJ. ISMAIL ) Setiausaha CUEPACS Bahagian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
sk - Y.Bhg. Dato’ Haji Omar Bin Osman
Pengerusi CUEPACS Malaysia

- Sdri. Loke Yim Pheng
  Setiausaha Agung CUEPACS
- Sdr. Ja’apar Bin Mansor KMW, AMW, PPN
  Setiausaha Kewangan / Pengerusi CUEPACS WPKL




Setiausaha
CUEPACS Bahagian
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI TAHUN 2012 / 1433H

Saya adalah di arah merujuk kepada surat saudari CUEPACS WPKL 01/10/10 Klt. 2 ( ) bertarikh 15 Ogos 2012 mengenai perkara yang tersebut di atas.

2. Adalah disahkan nama – nama yang berikut daripada Kesatuan ini akan turut serta dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri tersebut.

Bil
Nama
RM 60.00 ( Seorang )/ RM 600.00 ( Semeja )




















Jumlah



3. Bersama-sama ini disertakan Cek No: ________________________________ bernilai ________________________ atas nama CUEPACS WPKL bagi bayaran di atas .

Sekian, terima kasih.


............................................... .......................................................
Tanda tangan Setiausaha Agung Cop Kesatuan

Tarikh : .................................

No comments: