Monday, August 24, 2009

Kebajikan





Kesatuan Pegawai Kastam S.M [KPKSM] Cawangan Wilayah Persekutuan yang mempunyai keahlian yang kedua terbesar selepas Johor senantiasa berusaha untuk menjaga kebajikan dan kepentingan ahli – ahli sepertimana yang termaktub didalam Peraturan 2, Peraturan dan Perlembagaan ( Undang – Undang) Kesatuan Pegawai Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia. Sepanjang setengah tahun pertama 2008, KPKSM WPKL telah dapat melatih pemimpin – pemimpin pelapis dengan menghantar ahli dari Cawangan ini menghadiri Kursus dan Seminar yang dianjurkan oleh Kesatuan seperti Seminar Kesetiausahaan dan Bengkel kepada Bendahari – Bendahari cawangan bagi mendapat pendedahan tugas dan tanggungjawab dengan jawatan masing – masing.

Kesatuan juga telah mendapat kerjasama yang begitu baik dari Pihak Pengurusan KDRM WPKL khasnya dari Pengarah Kastam Negeri yang senantiasa memberikan kerjasama kepada kesatuan dalam melaksanakan aktiviti dan juga telah meluluskan pengunaan bilek NGO sebagai pejabat kesatuan. Cawangan latihan juga senantiasa memberi peluang kepada kesatuan turut serta dalam program latihan seperti menghadapai peperiksaan dan taklimat dalam kursus induksi.

Kesatuan yang gagal menambahkan yuran dari RM 6.00 semenjak tahun 70an kepada RM 10.00 agak kekurangan dari segi kewangan disebabkan peningkatan kos pada masakini, tetapi masih tetap mementingkan kebajikan kepada ahli-ahli. Segala tuntutan faedah kebajikan samada yang termaktub dalam perlembagaan atau perjanjian perjuangan masih dapat dibayar meskipun menghadapi sedikit kelewatan. Adalah dijangka kesatuan akan menghadapi masaalah yang lebih rumit lagi dimasa akan datang dengan peningkatan kos yang begitu ketara serta kuasa membeli yang semakin mengecil dan tuntutan faedah kebajikan seperti faedah pendidikan yang semakin bertambah kepada anak-anak ahli yang cemerlang. Faedah pertukaran juga semakin meningkat kerana kecenderungan jabatan menukarkan kakitangan. Feadah persaraan kerana pengambilan kakitangan yang serentak suatu masa dahulu dan khairat kematian yang agak bertambah selain faedah hospital juga bertambah kerana ramai yang dimasukan ke hospital.

Kesatuan yang memperkenalkan Skim Simpanan Berkelompok Great Estern Life Assurance [GELA] sejak beberapa tahun dahulu telah banyak membantu ahli-ahli dan juga Warga Kastam yang menghadapai musibah samada kematian, kecacatan kekal, penyakit kritikal dan faedah hospital. Dengan adanya Skim ini ahli dan kakitangan telah mendapat perlindungan dan akhirnya memperolehi simpanan dihari tua nanti jika tidak menghadapi musibah.

No comments: