Saturday, August 29, 2009

WAJARKAH BONUS RAYA?


Utusan Malaysia
28/8/09


SEPERTI biasa tuntutan bonus oleh kakitangan awam sudah mula kedengaran. Sudah ada kakitangan awam yang secara terus memohon daripada YAB Perdana Menteri sendiri melalui laman web 1Malaysia.
Saban tahun, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) yang akan mengepalai tuntutan bonus dari kerajaan atas dasar menjaga kebajikan penjawat awam.
Fenomena meminta bonus seolah-olah sudah menjadi agenda tetap baik di pihak CUEPACS mahupun setiap individu penjawat awam itu sendiri. Setiap tahun, mereka meletakkan harapan yang sangat tinggi agar kerajaan akan menghadiahkan mereka dengan bonus tahunan.
Bagi tahun ini ada yang mencadangkan pemberian bonus minimum RM1,000 dengan kaedah pembayaran secara berperingkat iaitu sebelum Hari Raya Puasa dan pertengahan Disember untuk tujuan perbelanjaan sesi persekolahan yang baru.
Sebagai penjawat awam dan juga sebagai seorang pengguna, kita melihat tuntutan ini adalah sesuatu yang normal dan wajar apatah lagi dengan mengambil kira situasi ekonomi semasa yang menggamit pengguna dengan kenaikan harga barang dan kos hidup yang tinggi secara keseluruhannya.
Pihak kerajaan baik melalui Kementerian Kewangan mahupun Bank Negara secara berterusan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang cuba meyakinkan rakyat bahawa Malaysia tidak terjejas teruk angkara kemelesetan ekonomi global malah diunjurkan kita masih mampu bertahan dan menikmati pertumbuhan walaupun pada kadar yang minimum atau perlahan.
Kita percaya dalam senario ini pihak kerajaan mempunyai fakta yang kukuh dan jelas yang membolehkan mereka meyakinkan rakyat. Kita juga yakin dengan pelbagai langkah yang telah dan sedang diambil oleh kerajaan untuk merangsang kembali ekonomi negara.
Justeru adalah wajar pihak kerajaan mempertimbangkan dengan sedalam-dalamnya permohonan ini ataupun dengan mengambil kira keadaan semasa, kita boleh katakan rayuan penjawat awam untuk mendapatkan bonus agar sambutan Hari Raya Puasa tahun ini dapat dirayakan dengan meriah di samping mampu menyediakan bekalan yang cukup untuk anak-anak yang akan memulakan sesi persekolahan.
Sambutan Hari Raya Puasa tahun ini agak awal berbanding tahun-tahun sebelumnya yang sekali gus mendepani tarikh pembentangan Bajet 2010 yang dijadualkan pada 23 Oktober ini.
Ini sekali gus mula merisaukan semua penjawat awam apakah berpeluang untuk menikmati bonus lebih awal (jika ada) berbanding perlu menunggu sehingga pembentangan bajet kelak.
Pada masa yang sama, sebagai kakitangan awam yang bertanggungjawab dan setia kita juga wajar bertimbang rasa dan berfikiran rasional pada saat-saat yang getir sebegini. Sememangnya ekonomi global tidak begitu memberangsangkan maka eloklah kita tidak terlalu mendesak pihak kerajaan untuk memenuhi tuntutan tersebut dan cuba hindari budaya meminta dan mengharapkan balasan.
Apa pun kita berharap pihak kerajaan akan menimbang dengan adil dan saksama dengan mengambil kira semua aspek dan persekitaran semasa dalam membuat keputusan.
Bagi perjawatan awam, pemberian bonus adalah wajar dan sangat diperlukan namun bagaimana pula kewajaran di pihak kerajaan?

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa KPKSMWP mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 52 kepada semua ahli dan para pembaca.

Friday, August 28, 2009

Perwakilan & AJK KPKSMWP segak (Hitam Kuning)










Barisan Ahli Jawatankuasa & Perwakilan KPKSMWP dibawah kepimpinan baru Sesi 2008-2010 berubah wajah semasa menghadiri Persidangan Perwakilan Sesi 2008-2010 di Johor Bahru baru-baru ini.

Syabas!!!!!

Tuesday, August 25, 2009














Sdr. Ja'apar bin Mansor, Pengerusi KPKSMWP yang juga Pengerusi CUEPACS Bhg WPKL telah dijemput oleh Kesatuan Pegawai Eksekutif [KEPAK] untuk merasmikan pertandingan bowling antara ahli-ahli kesatuan KEPAK yang diadakan di Pusat Bowling, Alamanda, Putrajaya pada 14 Mei 2009. Diakhir pertandingan beliau telah menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang.

Malam Jasamu Diabadikan






Gabungan NGO telah menganjurkan Majlis Makan Malam khas buat mantan Perdana Menteri, Y.A. Bhg. Tun Abdullah bin Hj Ahmad Badawi pada 6 Julai 2009 di Dewan Sri Endon, Bangunan PUSPANITA, Putrajaya. Majlis tersebut telah dihadiri hampir seribu ahli gabungan NGO dari seluruh negara. Para tetamu telah dihiburkan oleh kumpulan nasyid yang didatangkan khas dari Bogor, Indonesia. Ramai tokoh-tokoh terkenal hadir pada malam tersebut. Selain mendengar ucapan Y.A. Bhg. Tun Hj. Abdullah, para tetamu juga berpeluang mendengar ucapan khas dari Dato' Dr. Fadillah Kamsah.

Monday, August 24, 2009

Seminar Pengenalan Kesatuan Sekerja





Seminar Pengenalan Kesatuan Sekerja Pegawai Kastam Lantikan Baru bagi Zon Tengah pada 1 – 3 Julai 2009 di Hotel Putra, KL. Para Peserta terdiri dari Pegawai Kastam Lantikan Baru dari Kuala Lumpur, KLIA dan Selangor.

Seminar Kepimpinan Wanita CUEPACS Abad ke 21


Peserta Seminar anjuran CUEPACS & YADIM pada 24-26 Julai 2009

Peserta bergambar di hadapan Kondo Istana, Langkawi

Sebahagian Peserta

Majlis Perasmian

Semoga Sihat Seperti Sediakala


Mohd Shah bin Othman, Pegawai Kastam Kanan No. 4, Ahli Kesatuan No.1580 telah menghidap strok pada tahun 2007. Beliau yang mula bertugas selaku Pegawai Kastam di KDRM Wilayah Persekutuan dan bertukar ke Pulau Pinang apabila dinaikkan pangkat ke Pegawai Kastam Kanan dan kembali semula bertugas di KDRM Wilayah Persekutuan. Walaubagaimanapun beliau masih bolih bertugas seperti biasa walaupun tidak secergas dahulu. Beliau menerima pampasan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad berjumlah RM 31,446.30.


Sdr. Ja'apar Mansor, Pengerusi KPKSM WP menyampaikan cek pampasan kepada Sdr. Mohd Shah Othman disaksikan dari kiri Sdr. Foo, Sdr. Zulkifli, Sdr. Zaifuddin Hassan (Bendahari KPKSMWP) dan Sdri. Umi Kalsom.

Kebajikan





Kesatuan Pegawai Kastam S.M [KPKSM] Cawangan Wilayah Persekutuan yang mempunyai keahlian yang kedua terbesar selepas Johor senantiasa berusaha untuk menjaga kebajikan dan kepentingan ahli – ahli sepertimana yang termaktub didalam Peraturan 2, Peraturan dan Perlembagaan ( Undang – Undang) Kesatuan Pegawai Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia. Sepanjang setengah tahun pertama 2008, KPKSM WPKL telah dapat melatih pemimpin – pemimpin pelapis dengan menghantar ahli dari Cawangan ini menghadiri Kursus dan Seminar yang dianjurkan oleh Kesatuan seperti Seminar Kesetiausahaan dan Bengkel kepada Bendahari – Bendahari cawangan bagi mendapat pendedahan tugas dan tanggungjawab dengan jawatan masing – masing.

Kesatuan juga telah mendapat kerjasama yang begitu baik dari Pihak Pengurusan KDRM WPKL khasnya dari Pengarah Kastam Negeri yang senantiasa memberikan kerjasama kepada kesatuan dalam melaksanakan aktiviti dan juga telah meluluskan pengunaan bilek NGO sebagai pejabat kesatuan. Cawangan latihan juga senantiasa memberi peluang kepada kesatuan turut serta dalam program latihan seperti menghadapai peperiksaan dan taklimat dalam kursus induksi.

Kesatuan yang gagal menambahkan yuran dari RM 6.00 semenjak tahun 70an kepada RM 10.00 agak kekurangan dari segi kewangan disebabkan peningkatan kos pada masakini, tetapi masih tetap mementingkan kebajikan kepada ahli-ahli. Segala tuntutan faedah kebajikan samada yang termaktub dalam perlembagaan atau perjanjian perjuangan masih dapat dibayar meskipun menghadapi sedikit kelewatan. Adalah dijangka kesatuan akan menghadapi masaalah yang lebih rumit lagi dimasa akan datang dengan peningkatan kos yang begitu ketara serta kuasa membeli yang semakin mengecil dan tuntutan faedah kebajikan seperti faedah pendidikan yang semakin bertambah kepada anak-anak ahli yang cemerlang. Faedah pertukaran juga semakin meningkat kerana kecenderungan jabatan menukarkan kakitangan. Feadah persaraan kerana pengambilan kakitangan yang serentak suatu masa dahulu dan khairat kematian yang agak bertambah selain faedah hospital juga bertambah kerana ramai yang dimasukan ke hospital.

Kesatuan yang memperkenalkan Skim Simpanan Berkelompok Great Estern Life Assurance [GELA] sejak beberapa tahun dahulu telah banyak membantu ahli-ahli dan juga Warga Kastam yang menghadapai musibah samada kematian, kecacatan kekal, penyakit kritikal dan faedah hospital. Dengan adanya Skim ini ahli dan kakitangan telah mendapat perlindungan dan akhirnya memperolehi simpanan dihari tua nanti jika tidak menghadapi musibah.

Thursday, August 20, 2009

Selamat Berpuasa

Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Kerja KPKSM WPKL mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada semua ahli KPKSM dan pembaca.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bil. 4 Sesi 2008-2010

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bil.4 Sesi 2008-2010 akan diadakan pada 20.08.2009 jam 11.00 pagi di Pejabat Kesatuan KPKSM WPKL, Kelana Jaya. Semua AJK Kerja dijemput hadir.

Agenda:-

  • Ucapan Pengerusi
  • Menerima dan Mengesahkan Minit Bil. 3 Sesi 2008-2010
  • Perkara Bernagkit
  • Menerima dan Mengesahkan Penyata Kewangan
  • Laporan Biro-Biro
  • Laporan MJKT
  • Laporan CUEPACS
  • Aktiviti KPKSMWP
  • Hal-hal lain
Makan tengahari (disumbangkan oleh AJK yang dinaikan pangkat ke W22 KUP)

Tuesday, August 18, 2009

CERAMAH ISU-ISU SEMASA DALAM PERKHIDMATAN AWAM BERSAMA PRESIDEN CUEPACS





Dimaklumkan bahawa Cawangan Latihan , Jabatan Kastam Diraja Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan Kerjasama Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia (KPKSM) Cawangan Kuala Lumpur akan mengadakan ceramah Isu-Isu Semasa Perkhidmatan Awam melalui program nilai-nilai murni kepada warga dan kakitangan jabatan. Program ini dicadangkan untuk diadakan ketetapan berikut:
Tarikh : 19 Ogos 2009 (Rabu)
Masa : 2.00 petang hingga 5.00 petang
Tempat : Auditorium Kompleks Kastam Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
Penceramah : Tn. Hj. Omar Osman - Presiden CUEPACS
Sebarang pertanyaan boleh dihubungi:
Tengku Radzuan Tengku Majid (03-78840864)
En. Mohd Ameer Shaari (03-78840871)
En. Ja'apar Mansor (017-6102040)