Monday, November 2, 2009

PENJAWAT AWAM JANGAN ULANG KESILAPAN - MUHYIDDIN

Utusan Malaysia
02/11/2009 12:02pm


PUTRAJAYA 2 Nov. — Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan semua penjawat awam supaya tidak mengulangi pelbagai kesilapan yang disebut dalam laporan Ketua Audit Negara 2008.
Bercakap di perhimpunan bulanan Kementerian Pelajaran di sini, Timbalan Perdana Menteri berkata semua teguran itu tidak akan memberi sebarang manfaat sekiranya ia dibuat sambil lewa oleh pihak terlibat.
Katanya, ia bukan satu teguran biasa sebaliknya ia adalah peringatan yang telah berulang kali dibangkitkan.
"Kalau teguran-teguran ini telah kerapkali dibangkitkan dahulu dan masih juga berulang di waktu sekarang ini dalam laporan terkini, mungkin rakyat akan berkata bahawa kita tidak serius, bahawa laporan Ketua Audit Negara yang penting itu tidak diberikan perhatian seolah-olah kerajaan tidak mengambil kira apa pandangan yang dibuat oleh pasukan yang kita tahu sentiasa memantau tentang kerja kita dan laporan-laporan tahunan yang dikeluarkan,” katanya.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, tindakan yang serius perlu diambil kerana kesilapan yang sentiasa berulang menandakan bahawa pihak terlibat tidak memberi tumpuan yang sepatutnya kepada cara pelaksanaan kerja, sekaligus mengabaikan aturan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. - Bernama

GANJARAN LEBIH MENYELURUH BAGI PENJAWAT AWAM JABATAN : PM

Berita Harian
2/11/2009

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memperkenalkan sistem ganjaran yang lebih menyeluruh di kalangan penjawat awam dan jabatan yang menjurus ke arah budaya kerja prestasi tinggi, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata demikian pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Dataran Perdana, Bangunan Perdana Putra, di sini, pagi ini.

No comments: